
Foto di atas tu adalah Jalur Gemilang, Bendera Labuan dan Bendera Wilayah Persekutuan yang sudah lusuh, koyak, dan menjijikkan pandangan, tapi masih berkibar di sepanjang Jalan Tun Mustapha iaitu jalan utama orang Labuan untuk ke bandar Labuan. Rasanya bendera-bendera tu atas tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Mereka juga merupakan Pengerusi Sembutan Hari Kemerdekaan Ke 52 Tahun peringkat Labuan.

Buat sahabat-sahabat gagak di Kementerian Wilayah tu yang selalu singgah di blog gagak, tolong la buat pangilan percuma kepada rakan-rakan di Labuan. Mungkin mereka kuat tidur di bulan Ramadhan ni.
2 ulasan:
Org kampung lbih bsemangat dan bjiwa patriotik la agaknya. Org bandar busy dgn tugas2 masing. Tapi nampak tahun ni mmg kibaran Jalur Gemilang agak kurang meriahnya. Sbb dh meriah sesangat masa bkempen. Perasaang dh takde lagi!
bluehope..ya la agaknya kan! org2 bandar sudah lali & lalai pasal tarikh 31 Ogos.. banyak lagi tarikh lain yang diorang mahu ingat..
Pasal kempen tu.. agaknya lepas raya di DUN Lunas kan..
Catat Ulasan