Khamis, 16 Julai 2009

Penjara Mahu di Bina Di Labuan... Hairan Bin Ajaib..

Keratan Akhbar Tempatan : Kenyataan dari Pengerusi
Bertindak Ketua-Ketua Kampung
Terkejut juga rasanya bila mendapat tahu Jabatan Penjara Malaysia, mengemukakan cadangan untuk membina sebuah penjara di Labuan. Betul kata Pengerusi bertindak Ketua-Ketua Kampung, bukannya rakyat Labuan menolak pembangunan, tetapi berikanlah kepada rakyat Labuan pembangunan yang lebih memenuhi keperluan dan kehendak warga Labuan.
Pulau Labuan yang hanya seluas 92 KM persegi sahaja, dengan kapasiti penduduk kurang daripada 90 ribu orang. Rasanya amat tidak sesuai sekali dibina sebuah penjara di Labuan apatah lagi lokasi cadangan tersebut di kawasan kampung.
Warga Labuan sebenarnya lebih dahagakan pembangunan ekonomi yang boleh meningkatkan taraf kehidupan warga Labuan sesuai dengan statusnya sebagai pulau bebas cukai dan pusat kewangan persisir antarabangsa. Salah satu perkara yang perlu diberi perhatian utama oleh kerajaan dalam waktu terdekat ini ialah infrastuktur yeng menghubungkan penduduk Labuan dengan Tanah Besar Sabah. Sesuatu perlu dilakukan segara oleh kerajaan bagi meningkatkan kemudahan yang menghubungkan Labuan dan Tanah Besar Sabah.
Pemimpin Labuan perlu bersatu menolak cadangan membina penjara di Labuan. Isu pendatang tanpa izin belum bernoktah, banduan pula mahu dipulihkan di Bumi Labuan.. Hairan bin Ajiab!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penjara kecil saja ni mengkali. Untuk orang yang pigi huha huha.

hahaha

Ramlen Salleh berkata...

Kawan gagak kata begini pasal isu ni...

Jebat akan muncul di Bumi Labuan.. Derhaka Jebat kepada Raja bukan kerana Jebat tak sayangkan Rajanya.. tapi ingin menyampaikan mesej agar Raja mendengar suara rakyatnya...

Tanpa Nama berkata...

Owh... Ramalan lah tu?