Selasa, 23 Jun 2009

PROGRAM SANTAI & APA KHABAR ORANG KAMPUNG DI KAMPUNG KU?

Maaf kepada teman yang mengikuti Blog Bicara Gagak ini, kerana saya agak lama tidak membuat catatan di sini. Banyak faktor yang menjadi penyebab, tatapi yang paling utama ialah kerana FaceBOOK laman sosial yang paling popular. Sembang dengan kawan lama setiap hari...

Petang ini ada kesempatan saya ingin menjemput teman-teman blog ke Kampung Ku, Bukit Kalam. Hujung minggu ini 27 Jun 2009 ( Sabtu ) ada Program Santai & Apa Khabar Orang Kampung? berlangsung.

Banyak acara menarik tersedia, Rakan Kartunis Gergitan juga turut sama. Teman lama, Irwan antara artis Sabah yang pernah tersenarai antara Artis Muda Popular satu ketika dahulu turut akan menghiburkan warga kampung Bukit Kalam.

Jabatan Penerangan, Labuan FM dan Pejabat Ahli Perliman Labuan bergabung menjadi hos kepada program ini.

2 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Gagak,

Lama tak singgah ke sini.

Ramlen Salleh berkata...

Ya la.. saya pun lama tak menulis..main facebook saja...he he he