Khamis, 14 Mei 2009

KEBAKARAN KG. MUSLIM - SESUNGGUHNYA MALAYSIA AMAT PEMURAH..

Tenghari semalam ( 14/5/2009 ) sekali lagi warga pulau Labuan dikejutkan dengan asap tebal yang menyelubugi langit Labuan. Asap hitam tersebut telah menarik pelbagai bangsa dan agama untuk menyaksikan sendiri satu ulangan persitiwa yang pernah berlaku satu ketika dahulu, " Kebakaran Kg. Muslim ".

Kebakaran kali kedua yang berlaku semalam, telah mengakibatkan hampir 80 % kediaman di Kg. Muslim musnah dijilat api. Dianggarkan seramai kira-kira 2500 orang mangsa kebakaran yang rata-ratanya pelarian dari negara Filipina.

Apa yang ingin dikongsikan ialah keperihatinan kerajaan Malaysia dan warga Malaysia membela nasib pedatang ini. Rata-rata mereka hanya memiliki dokumen IMM 13 dan ramai juga yang langsung tidak memiliki apa-apa dokumen. Apatah lagi dalam situasi mereka menjadi mangsa kebakaran ini.
Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang ada di Labuan khususnya Jawatankuasa Keselamatan telah mengerakkan jentera untuk menghulurkan bantuan segara kepada mangsa ini. Turut menghulurkan bantuan ialah pihak swasta dan persendirian. Betapa perihatinnya orang Malaysia.

Persoalannya, adakah orang Malaysia yang berada dinegara mereka mendapat layanan sebegini. Atau hanya kerajaan Malaysia yang cukup perihatin kepada pelarian dari negara asing. Juga menjadi tanda tanya jumlah golongan ini yang sentiasa bertambah. Buktinya kawasan kebakaran semalam adalah kawasan yang telah terbakar dahulu, jumlah rumah dan orangnya hampir sama.Natijahnya yang pasti anak-anak mereka akan menjadi persaing kepada generasi muda Labuan yang selesa dan hidup mewah. Mereka rajin dan sentiasa bersyukur.
Apapun kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh berhubung terus dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan ditalian 087 - 424961.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

untuk makluman, penempatan tersebut adalah penempatan yang dibina oleh UNHCR, bukan dari kerajaan Malaysia.

Kebakaran kali ini juga tidak membabitkan 80% kawasan atau mangsa, malah tidak sampai 60% pun.

tidak semua pendatang yang tinggal disana adalah warga filipina, ada juga dari indonesia. dan selain pemegang imm13, ada juga yang memegang kad pengenalan mykad di sana. kalau tidak, masakan ada pengundi berdaftar di sana, sedangkan pemegang imm13 tidak layak mengundi?

Ramlen Salleh berkata...

Tq Sarah Comel.. terbukti ada lebih kurang 800 orang pengundi berdaftar di Kg. Muslim atu.
Sebenarnya kita di Labuan tidak ada kuasa berhubung dengan isu pendatang ani, semuanya dikawal dari putrajaya. Buktinya, lihat sahaja pekerja dari myamar yang sudah mula memasuki pasaran pekerja asing di Labuan, satu lagi cuba kita lawat penempatan di Kiansam, ada satu projek penempatan mega PTI di buat di sana, difahamkan tendernya di urus terus oleh Kementerian Dalam Negeri...
Persolannya sekarang siapa yang akan bersuara tentang isu ini bagi pihak penduduk tempatan Labuan...