Khamis, 23 April 2009

Kemana PergiNYa Lanskap Indah Labuan ni ?



Kemana perginya Lanskap Indah Labuan ni ? Inilah persoalan pertama diutarakan oleh seorang kawan yang baru tiba di Labuan semalam. Terkedu juga hendak memberikan jawapan, bukan tidak tahu kenapa, tetapi sebagai anak jati Labuan menjadi tanggungjawab dan kewajiban untuk tidak menyatakan sesuatu yang negetif.

Kawan tu cuba meneka, mengaitkan kehilangan bunga itu dengan situasi pergolakan politik Labuan. Persoalan ini dijawab dengan penuh yakin dan bersemangat. " Kita perlu sedar pemimpin akan datang dan pergi, ini suatu yang semulajadi dan sudah menjadi hukum alam. Apa yang perlu ialah kalau kepimpinan berubah, kita kenang jasa pemimpin yang pergi, dan memberi sokongan padu kepada pemimpin baru. Berikan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada pemimpin baru. Dengan sokongan padu, kepercayaan dan keyakinan, pemimpin baru ini mudah untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab, samaada meneruskan kesinambungan dasar atau membuat perubahan dengan gaya dan cara kepimpinan tersendiri ".
Pasal bunga tu, harap-harap kerajaan tempatan akan menanam bunga yang baru sebelum berlangsungnya Cabaran Laut Antarabangsa Labuan 2009 yang akan diadakan pada 1 hingga 3 Mei nanti. Ada tempoh lebih kurang 7 hari lagi, rasanya sempat untuk mengarahkan kontraktor mencantikkan kawasan stratigek di bandar Labuan. LISC 09 terbukti berjaya menarik ribuan pelancong ke Labuan, pihak berkuasa tempatan perlu mengekalkan imej Labuan sebagai Taman Laut Mutiara Cina Selatan.

3 ulasan:

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Gagak,

No comment! Mungkin teori tu boleh digunapakai!

hahahahaha
;p

Gagak berkata...

MUs... aku try conner ikut jalan lain.. pasal aku tengok di Labuankini kalau story politik masti gaduh punya, masing-masing tidak mahu kalah..

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam,

Betul, LK seolah-olah memanipulasikan berita tu macam orang labuan tidak tahu apa yang tidak benar sepanjang pentadbiran DS.

Benar, DS telah membawa satu perubahan dalam Labuan. Namun, bukan semua dinikmati warga tempatan.

Teruskan usaha!