Khamis, 16 April 2009

Calon Pengerusi Perbadanan Labuan... Siapa ?

Siapakah bakal mengisi kerusi Pengerusi Perbadanan Labuan dan Kerusi Ketua UMNO Bahagian Labuan. Dua kerusi ini memiliki kuasa yang agak besar dan kuat dalam mencorak arah tuju kemajuan Pulau Labuan dan masyarakatnya. Kerusi ini juga merupakan kerusi orang No 1 di Labuan.

Kerusi Ketua UMNO Bahagian Labuan pasti akan diisi berdasarkan kepada hirarki jawatan dalam parti. Tim. Ketua Bahagian atau Naib Ketua Bahagian akan menyandang jawatan ini. Namun untuk pemilihan akan datang kerusi ini pasti akan di saing hebat, atau mungkin akan ada usul untuk membuat permilihan lebih awal.

Calon Pengerusi Perbadanan Labuan merupakan antara individu yang menjadi tumpuan masyarakat di peringkat akar umi ketika ini khususnya kalangan peniaga. Banyak cakap-cakap di kedai kopi berhubung siapa calon Pengerusi Perbadanan Labuan yang baru ini. Ramai yang mengandaikan Ahli Perliman Labuan bakal menjadi Pengerusi Perbadanan Labuan. Namun berdasarkan cara dan gaya kepimpinan YB Datuk Yussof Hj. Mahal beliau bukanlah pemimpin yang suka kepada semua jawatan penting. Gaya dan cara beliau jelas memperlihatkan beliau hanya berminat untuk mengotakan tanggungjawab sebagai Ahli Perliman Labuan sahaja, kerusi Pengerusi Perbadanan Labuan pasti milik individu lain.

Seorang rakan karib menyatakan, calon Pengerusi Perbadanan Labuan hendaklah anak jati Labuan, berpendidikan tinggi, mempunyai " Bussiness Mind " kelas pertama dan tahu keperluan masyarakat tempatan dalam mencorak arah kemajuan Labuan. Merenung keteria yang disebutkan ini hanya seorang calon yang boleh diketengahkan. Mantan YB Labuan. Beliau seorang anak jati Labuan yang berpendidikan di OXFORD UNIVERSITI, masih berpengaruh, mempunyai sokongan di kalangan ketua-ketua kampung dan ada keupayaan untuk menstabilkan politik tempatan.

Natijahnya, calon kedua-dua kerusi ini pasti akan diketahui dalam waktu yang terdekat ini. Pengisian kedua-dua kerusi ini penting untuk rakyat Labuan untuk terus menyokong BN dalam pilihanraya akan datang. Kerusi ini jugalah yang akan menstabilkan perbelahan dikalangan pemimpin Melayu Labuan.

Tiada ulasan: