Rabu, 4 Februari 2009

DUN PERAK BUBAR.....?

Terkejut apabila menerima sms rakan menyatakan Speker Dewan Undangan Negeri Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak pada awal pagi tadi kerana SPR tidak menerima surat perletakan jawatan dua DUN Perak...

Lewat petang cerita ini semakin jelas.. pasti Perak akan menghadapi pilihanraya umum Dewan Undangan Negeri..

Terfikir pula betapa beraninya kerajaan yang mentadbir Perak ini mempertahankan maruah kerajaan mereka. Sanggup kehilangan kuasa dan mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan. Jika benar Pilihanraya Dewan Undangan Perak berlangsung, pastinya kerajaan persekutuan akan terpaksa membuat rizab yang tinggi untuk melaksanakannya.

Mungkinkah kerajaan Perak sekarang akan menang besar ? Ramai juga sahabat orang Perak di Labuan yang akan balik kampung jika benar peristiwa bersejarah dalam politik Malaysia ini terjadi...

Sama-sama kita saksikan..

3 ulasan:

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Gagak,

Aku pun camiatu jua. Tapi, macam nda berapa confirm.

Sekarang ani(4:19 pm). aku tunggu signal dari Perak. Mun jadi, disana tah UMNO harus memulakan cabaran!!!

Erm, satu lagi "letupan" sejarah dalam politik Malaysia. Sama-sama kita saksikan!!!

Gagak berkata...

MUS ... semalam tengok Buliten Utama TV3.. naik darah jantan ku.. Pemimpin UMNO dan BN happy pula bentuk kerajaan Perak dengan cara ini.. bukankah itu Rampas Kuasa namanya.. Dimana Maruah UMNO ini..Kalau pemimpin UMNO dan BN Sabah dan Sarawak main lompat-melompat baru diaorang tahu.. inda sempat di jadi PM sudah buat PR umum ke 13 ... GERAMNYa Gagak..

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Gagak,

Ya tah nya dangan mun bola atu bulat, politik balum tantu lagi.

Membari watir mun atu yang durang ajar arah PUTERA/PUTERI UMNO. Nda heran kenapa tengku reithauddin mau 2sayap ani dibubarkan.

Nda payah liat jauh2, liat tah nganya belia, apa sudah jadi??? Sibuk kan bepolitik politik nganya!! Mana inda kilar, nya urang kitani!!!