Rabu, 4 Februari 2009

APA SUDAH JADI DENGAN UMNO dan BN HARI INI ...

Dimana maruah UMNO dan BN jika membentuk kerajaan Negeri Perak berikutan tindakan Ahli DUN Perak yang melompat dan keluar dari PKR ? Bukankah BN yang tidak bersetuju dengan perbuatan lompat-melompat. Bukankah UMNO yang menentang keras perbuatan lompat parti ? Apa sudah jadi dengan UMNO ini....
Selaku parti yang memerintah negara ini, UMNO dan BN perlu lebih bermaruah dan beretika. Parti pemerintah perlu mengamalkan DEMOKRASI dengan cara yang betul dan boleh diterima oleh rakyat. Perlembagaan UMNO pun menolak dan mengutuk perbuatan ahli dan pemimpin yang suka lompat-melompat. Jangan ikut gaya dan cara parti pembangkang...
Apa pentingnya kerajaan Negeri Perak kepada UMNO dan BN. Apakah hanya kerana Najib jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perak maka semua ini boleh dilakukan. Wahai pemimpin veteran UMNO generasi muda hari ini sudah berpendidikan, sudah tahu mengasingkan permainan politik dengan sikap ikhlas dan jujur dalam perjuangan.
Pernahkah kita melihat pemimpin di Sabah, walaupun keluar BN tetapi tetap dengan perjuangan mereka. Tidakpun mengumumkan masuk mana-mana parti. Tetapi jika di Perak boleh kenapa di Sabah dan Sarawak tidak boleh. Banyak sangatkah jumlah 28 kerusi Parlimen itu bagi Sabah dan Sarawak.
Atau mungkin kita akan melihat Pilihanraya UMUM ke 13 dalam waktu terdekat ini...

2 ulasan:

PAKCU SIMKA berkata...

kena ikuti perkembangan dari awal hingga akhir, rujuk semua fakta, nilai dan buat keputusan anda.....

Gagak berkata...

PAKCU.. saya rasa lebih adil jika empat kerusi DUN yang main lompat-lompat tu di kosongkan dan buat PR DUN baru adil, rakyat pun senang hati pasal terlibat secara langsung dalam menentukan parti yang memerintah di Perak.. Wakil rakyat lain pun takut mahu lompat-melompat pasal kalau melompat hilang kerusi terus.. Kita parti pemerintah perlu bertindak dengan cara yang lebih rasinol bukan main rampas kuasa macam ni.. ini cara parti pembangkang bukan parti kerajaan.. kalau begini sama sahaja perangai parti pemerintah dengan parti pembangkang..