Selasa, 20 Januari 2009

Pihak Berkuasa Tempatan Bertindak Terhadap Peniaga Khinzir.

Tinjuan pagi ini mendapati pihak berkuasa tempatan bertindak menghentikan perniagaan daging khinzir di tanah lapang Jalan Tun Mustapha bersebelahan dengan Berjaya Furniture. Kehadiran penguatkuasa tempatan telah berjaya menghentikan operasi jual beli daging khinzir secara terbuka.

Namun begitu, terdapat sedikit kekecohan berlaku, apabila terdapat bantahan daripada peniaga dan pengguna terhadap tindakan pihak berkuasa. Walaubagaimanapun situasi amat terkawal dengan kehadiran pasukan Polis Di Raja Malaysia yang turut menyertai operasi ini.

Apa yang pasti hari ini hampir semua golongan masyarakat sudah mula membicarakan tentang isu ini. Kini isu ini sudah menjadi "Public Finger" , ianya umpama umpan yang dipasang sudah berjaya menawan mangsa. Golongan yang terlibat dalam isu ini sebenarnya amat kecil, tetapi dengan kebijaksanaan PR pembangkang yang arif tentang masa dan ketika yang sesuai untuk memancing mangsa dengan isu ini telah berjaya melibatkan ramai pihak dan golongan masyarakat.

Apa pun, tahniah kepada pihak berkuasa tempatan yang bertindak menghentikan jual beli daging khinzir secara terbuka. Pemimpin Melayu dan Cina yang sudah bersatu dibawah panji BN pastinya boleh berbincang untuk menenangkan emosi peniaga dan pengguna yang amat kecil jumlahnya. Jangan biarkan peniaga dan pengguna ini dijadikan bahan ujikaji oleh parti pembangkang.

4 ulasan:

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam gagak,
Alhamdullillah, akhirnya nda jua sia-sia.
Tapi, mana tia urang2 "bergelar" kitani?? Nda galat ka ati diorang ani meliat b*** kana jual siring jalan, tampat tebuka lagi tu!!!
Nda tah ku tau mun bisiya ani pun ada maksud tertentu.
Terima kasih tah arah PBT Labuan(PL) ada jua yang prihatin.

gourgeous guy berkata...

waah tahniah gagak nampaknya tidak sia-sia perjuangan mu...semoga ia menjadi pengajaran kepada semua kaum lebih sensitif...

Gagak berkata...

MUS.. antai pagi aku tinju lagi tempat atu.. masih ada jua dua tiga orang peniaga yang berjual, yang hairannya tu ada ramai pembeli.. nanti tah senang-senang aku merisik lagi..

Salam dari gagak buat sahabat gourgeous gay..perjuangan ini tidak akan kemana tanpa sokongan sahabat-sahabat ku..

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Gagak,

Risik tia lagi. Jgn peduli!!
Makin di bari muka, makin tia bisiya ani suka.

Bukan jua aku ani membanci cina tapi ulah diorang atu bah!!!
Urang kitani lagi tah, mun nda d arah camiatu tah nganya!!!!