Khamis, 22 Januari 2009

Ada Gendang Di Palu Bila Tidak Dapat Kerja !

Antara 162 kontraktor yang sabar dan tekun menunggu giliran..
Pagi semalam, Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Pejabat Pembangunan Wilayah telah melangsungkan proses undian projek melalui sistem komputer seramai 162 kontraktor telah mencuba nasib.

Hanya 28 kontraktor yang mendapat surat tawaran projek manakala 134 pulang dengan tangan kosong. Maka banyaklah gendang yang dipalu, yang telah menghasilkan pelbagai irama, ada yang sumbang tidak kurang juga yang yakin nasib tidak berpihak kepada mereka. Agaknya inilah budaya orang Melayu berniaga, lebih banyak ilmu menutur kata daripada ilmu mencari rezeki.

Yang 28 itu pula, pastinya bersyukur, namun perlu beringat projek kali ini kebanyakkannya projek perparitan. Buat parit perlu ilmu, jangan sampai surat kata parit yang di buat longkang lah pula lebih teruk lagi parit yang dibina tidak tahu mana yang hujung mana yang pohonnya.

Tapi gendang ini lebih menarik perhatian, bagaimana kontraktor kelas F dari seberang boleh bersaing dengan kontraktor anak tempatan Labuan dalam undian yang dibuat semalam. Bukankah lebih baik jika 8 surat untuk kontraktor dari seberang yang berdaftar di Labuan manakala 20 lagi untuk kontraktor tempatan.

3 ulasan:

Muhammad Azli Shukri berkata...

ada yg tidak kena ni kot.

TAIPINGMALI berkata...

pembahagian kerja hendaklah secar adil. Kalau yang sudah dapat sebelum ini elok nama mereka di asingkan. cabut undi kepada yang belum dapat.

aku pun dulu nak pencen awal ,nak jadi kontraktor kelas F tapi terbantut gara-gara krisis ekonomi dan syarat2 baru kelas F

Gagak berkata...

Muhammad azli Shukri.. biasa la Bro bukan senang untuk puaskan hati semua orang, kerajaan sudah buat cara yang terbaik tapi masih juga dipertikaikan..
TaipingMali.. rasanya sistem ini sudah cukup selesa dan adil berbanding dengan sistem yang terdahulu, cuma perlu diperhalusi sewaktu pendaftaran dilakukan perlu diasingkan kontraktor tempatan dan kontraktor bukan tempatan tetapi mendaftar di sini.. itu sahaja la..