Selasa, 6 Januari 2009

Pasar Khinzir Labuan & Tahun Baru Cina 2009...

Kemelut peniaga Khinzir di Pasar Besar Labuan dengan pihak berkuasa tempatan menjadi pembuka tirai tahun 2009. Banyak sudah pihak yang terlibat dalam usaha mencari penyelesaian kepada isu ini. Namun begitu rata-rata suara yang kedengaran memperjuangkan nasib peniaga khinzir dan amat kurang yang bersuara bagi pihak berkuasa tempatan. Nampaknya pihak berkuasa tempatan agak bersendirian dalam melaksanakan dan menguatkuasakan tanggungjawab mereka.

Terfikir jua bagaimana pula reaksi peniaga-peniaga sayuran yang berniaga berhampiran dengan pasar khinzir tersebut. Adakah mereka merunggut, atau mereka sedia berkongsi pelanggan. Dalam ertikata yang lain, mereka lebih bersifat majmuk sama seperti ciri rakyat Malaysia yang hidup berkonsepkan perpaduan.

Bagaimana pula dengan nasib peniaga khinzir di bangunan baru itu nanti. Mereka hanya berniaga sekerat hari iaitu dari jam 5 pagi hingga jam 11 pagi sahaja. Pelanggan pula pasti lebih selesa untuk mendapatkan bekalan di sekitar bandar Labuan daripada menghala ke Kg. Sg. Keling sekadar tujuan mendapatkan 1 kilo daging khinzir sahaja.

Ada pemimpin tempatan pernah berkata, kenapa kerajaan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membina Pasar Khas untuk Khinzir dan mengasingkannya sedangkan secara dasarnya penduduk Labuan tidak kisahpun untuk berkongsi kawasan dan pelanggan dengan peniaga khinzir.

Bila difikirkan kata-kata pemimpin tersebut, timbul persoalan kenapa pihak berkuasa tempatan tidak menamakan bangunan baru tersebut sebagai PASAR MINI KG. SG. KELING yang menjual pelbagai keperluan pengguna seperti sayuran, daging, ikan dan sebagainya. Kan ianya lebih bersifat majmuk dan mencerminkan imej perpaduan. Dan yang pasti Tahun Baru Cina 2009 akan menjadi lebih istimewa dengan majlis penyerahan bangunan baru kepada peniaga Tiong Hua iaitu MINI MARKET KG. SG. KELING LABUAN.

2 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Bicara Gagak,
Sebagai anak jati Labuan yang kini berhijrah ke luar; ingin sekali saya perkatakan pemidahan pasar B**I ini perlu demi menjaga sensitiviti kita sebagai orang
Islam.
Jika kita, kaji semula macamana pun dikatakan babi disembelih secara "halal" kuman yang ada binatang tersebut tetap tidak akan hilang.
Saya bukan ekstremis Islam, namun sensitiviti Islam sebagai agama pegangan saya masih tinggi. Saya tidak salahkan mana-mana pihak namun adalah lebih baik jika sensitiviti umat Islam sebagai peniaga di pasar itu masih terjaga. Saya tidak kisah jika pembeli-pembeli daging B**I ini merungut terpaksa pergi jauh/ beliun nya kitani semata-mata mahu membeli daging B**I tersebut; kerana bukan semua kaum Cina meminati daging B**I sebagai hidangan wajib mereka.
Apapun, terima kasih kepada artikel saudara, sekurang-kurangnya saya masih mengetahui perkembangan semasa pulau tercinta itu.
Kepada PL, harap tindakan yang di ambil masih mengambil kira pandangan umum orang Islam kerana saya pasti majoriti staff PL adalah beragama Islam.

http://meetuncleshah.blogspot.com

Ramlen Salleh berkata...

saya setuju dengan pendapat Meet uNcLe SHaH..perkara yang menjadi perbualan masyarakat disini ialah kenapa kerajaan berbelanja besar untuk pasar babi, kenapa tidak pasar itu dijadikan pasar makanan bukan halal dan semua jenis barangan tidak halal di jual, bukan hanya daging B' sahaja...kan itu lebih menarik dan masyarakat yang memerlukan barangan makanan tidak halal akan tertumpu di kawasan tersebut..barulah kerajaan prihatin...