Khamis, 1 Januari 2009

Team Gergitan Kena Serbu ....

Team Gergitan telah mengadakan promosi Majalah Gergitan Edisi Khas Labuan pada 1 dan 2 Januari 2009, bertempat di Ruang Legar Ujana Kewangan Labuan. Antara kartunis yang menyertai promosi kali ini ialah kartunis Li Batak ( Pemilik Majalah Gergitan ), Uncle U2, J.s Amar dan Kili.

Gagak dan team gergitan amat terharu dengan sambutan yang diberikan. Seawal jam 9:30pagi lagi, meja promosi sudah diserbu oleh pengunjung kompleks Ujana Kewangan Labuan. Antara yang mendapat sambutan hangat dan luar biasa ialah aktiviti melukis kalikator pengunjung. Majalah Gergitan Edisi Darjah 01 yang merupakan majalah pertama keluaran Gergitan Publication turut mendapat perhatian. Hampir 100 naskah majalah berjaya dijual pada hari pertama promosi ini. Di samping peminat tempatan, peminat dari tanah besar Sabah, Miri, Limbang dan Brunei juga turut memberikan sokongan.


Promosi kali ini juga telah menemukan kami dengan individu yang akan membantu mendapatkan penaja bagi Program Pelancaran Majalah Gergitan Edisi Khas Labuan yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Febuari nanti. Kami berharap kerjasama daripada individu tersebut dapat direalisasikan.

2 ulasan:

Puteri Labuan berkata...

Tahniah Team Gergitan... Puteri pun sudah dapat keluaran pertama, sangat menarik!... Keistimewaan keluaran pertama ni mesejnya banyak tentang BAHAYA MEROKOK. Tahniah sekali lagi, semoga majalah ini akan semakin laris dan harap-harap keluaran kedua nanti makin berbisa. TAHNIAH.

Ramlen Salleh berkata...

Terima Kasih Dayang...