Isnin, 19 Januari 2009

Bangunan Baru Tapi Berniaga di Tanah Lapang - Di mana Silapnya

Adakah mereka beroperasi secara SAH atau sengaja mencabar pihak berkuasa tempatan.
Urusniaga daging khinzir di Jalan Tun Mustapha seawal jam 6:30 pagi

Sudah masuk dua hari peniaga khinzir beroperasi di tanah Lapang di Jalan Tun Mustapha bersebelahan dengan bangunan Berjaya Furniture. Peniaga ini adalah merupakan kumpulan yang terlibat dengan penutupan pasar Khinzir di Pasar Besar Labuan dan diarahkan berpindah ke Pasar Khinzir di Kg. Sg. Keling.
Akibat daripada beberapa isu yang masih tertangguh antara mereka dengan pihak berkuasa tempatan dan permintaan pengguna berikutan sembutan Tahun Baru Cina adalah antara faktor mengapa mereka mengambil keputusan untuk beroperasi di Tanah Lapang dan mengabaikan bangunan yang dibina dengan kos lebih kurang 1.5 juta ringgit.
Isyarat yang amat jelas dalam isu peniaga khinzir ini, ialah mereka bersatu dan disokong oleh pengguna. Campur tangan pemimpin politik pembangkang juga menambahkan lagi kekuatan mereka untuk sentiasa tidak bersetuju dengan apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan. Mereka tidak gentar dengan pihak berkuasa tempatan ataupun pemimpin tertinggi yang mentadbir Labuan, kerana mereka bukanlah dalam golongan yang mengharapkan wang kerajaan untuk kaya. Mereka ada sumber kewangan yang cukup kukuh.
Natijahnya, isu pasar khinzir walaupun kecil pada pandangan pemimpin dan orang Melayu dan Islam tetapi sebaliknya bagi peniaga dan pengguna daging khinzir. Kalangan pemimpin politik Melayu menganggap isu ini sebagai publisiti murahan kepada parti politik pembangkang namun hakikit yang jelas mereka telah bertambah kuat dan bersatu untuk memperjuangkan nasib peniaga khinzir yang jumlahnya kurang dari 20 orang. Perlu ada pemimpin yang hadir untuk menyelasaikan isu ini, atau mereka akan hilang kepercayaan terhadap kerajaan.

3 ulasan:

JKKK berkata...

Salam kepada gagak..
Bila Team Gergitan bertandang ke kampung kami? :)

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Gagak,

Saya tidak mahu komen panjang mengenai isu ini. Cukup jika saya katakan kunjungan DEWAN PERNIAGAAN TIONGHUA ke Pejabat DS rupanya ada maksud tertentu!!!

Bukan menuduh, cuma inilah akibat jika Melayu=Islam yang menjadi ahli politik mempolitikkan agama/bangsa dengan niat menjatuhkan bangsa sendiri!!!

Mungkin juga urang kitani ani nda lagi sensitif pasal agama!!!! Mana tia orang-orang yang kununnya berjuang atas nama Islam???!!! Ani bukan isu biasa, isu Islam. DP Melayu Labuan; kenapa nda bersuara???!!!

Sakit tia ati mun mikirkan pasal bangsa kitani ani. Pasal politik, lancar nganya bisiya berhujah, banar nda banar ikut nganya ucapan urang-urang basar.

Meet uNcle sHaH:
"sakit banar ati ani!!!" Pandai-pandai tah bisiya bepikir, aku ani siapa jua kan berhujah panjang-panjang.

Ramlen Salleh berkata...

JKKKBM.. jemput la kami jika ada program di Kampung Batu Manikar boleh team kami datang, kata orang kecil tapak tangan Lapangan terbang kami tadahkan...

Entahlah MUS.. inilah hasilnya bila orang kitani di ajar budaya politik takut, mengamalkan budaya ugut mengugut, hampir semua ahlinya takut bersuara, takut hilang kuasa, takut segala takut, seperti kata guru saya macam keldai la, ikut tuan saja..kalau ikutkan dalam Parti Politik orang Melayu ini terdapat macam-macam biro yang boleh bertindak & bersuara, apa yang berlaku pihak berkuasa tempatan juga yang dijadikan sasaran untuk bertindak..sedangkan pemimpin yang menang duduk tengok dan lihat saja.. Berbeza dengan pemimpin DAP dari cawangan Labuan hingga ke bahagian Kota Kinabalu bersuara hingga ke parlimen tentang isu ini..