Selasa, 9 Disember 2008

JUAL MAHAL DAPAT SEDIKIT ATAU JUAL MURAH DAPAT BANYAK !

Pekan Kundasang terletak hanya 7 Km dari Taman Gunung Kinabalu. Puncak Gunung Kinabalu ( Low Peak) amat jelas kelihatan dari pekan Kundasang. Cuaca di sini sekitar 18' C sepanjang hari. Kabus akan menyelubungi kita sepanjang hari di Pekan Kundasang.
Satu ketika dahulu, hampir kesemua barangan di pekan Kundasang ini dapat di perolehi dengan harga yang cukup murah berbanding dengan pekan-pekan lain di Sabah. Tetapi tidak lagi kini, peniaga disini sudah mahir ilmu berniaga. Dulu kubis dijual dengan cara borong, kini dijual menggunakan timbang kilo. Buah-buah tidak bermusim dahulu dijual dengan cara timbang kilo kini dikupas kulitnya, dijual pada harga RM 2 kurang daripada 10 potong.

Menyedari Kundasang merupakan lokasi tumpuan utama pelancong tempatan dan asing, peniaga disini sudah lebih jauh maju ilmu perniagaannya Jual mahal dapat pelanggan sedikit atau jual murah dapat menjaul dengan banyak. Inilah format penjaul di Pekan Kundasang.

Kunjungan ke Pekan Kundasang adalah untuk Road Show majalah Humor Gergitan. Ada dua sahabat yang sudi menawarkan diri untuk memasarkan majalah ini di Kundasang dan Ranau. Esok Kudat, Kota Belud dan Kota Merudu menjadi destinasi Gergitan.

4 ulasan:

paneh berkata...

lama dah tak turun sabah. btul ke dah mahal sayur2 di kundasang tu? dok kk dulu rajin gak turun beli sayur sana. kemajuan kadangkala tidak indah semuanya.

Unknown berkata...

Saya pernah ke Kundasang.Memang cantik dan pengusahanya"very enterprising".
Yang pasti saya akan ke sana lagi bukan Januari ini.

Ramlen Salleh berkata...

paneh..jauh lebih mahal dari dahulu kerana pemborong seluruh Sabah telah memborong hasil tempatan seawal jam 5 pagi, penjual di pekan tu sudah jadi orang ke tiga sebab tulah harganya mahal, berbanding dahulu kita beli terus dari petani..

Mummy Rokiah.. Datanglah berkunjung ke sini, mungkin sewaktu pilihanraya kecil piansiangan nanti...

Pemuda IKS berkata...

Salam perjuangan,

Pemuda IKS belum pernah sampai ke Kundasang. Mungkin boleh dijadikan destinasi melancong Pemuda IKS dalam perancangan 2009.

Adat berniaga, ada nak untung banyak, ada nak populariti dan ada yang nak cantas orang saje. Yang penting, biarlah HALAL.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com