Selasa, 2 Disember 2008

GERGITAN... MAJALAH HUMOR PERTAMA DI SABAH & LABUAN

Buat pertama kalinya, peminat-peminat majalah humor di Sabah dan Labuan dapat menikmati karya humor menggunakan bahasa tempatan dalam Majalah Jajal GERGITAN. Bernaung dibawah Persatuan Kartunis Kinabalu ( PAKATUN), majalah GERGITAN Edisi Darjah 01 telah diterbitkan buat pertama kalinya pada bulan September 2008.

Antara kartunis yang terbabit dalam majalah ini termasuklah Batak, Uncle U2, Kadus, JS Amar, My 08, Patmon, Tambuakar, Kailu dan ramai lagi. Antara karya yang terdapat seperti Jajal Sembang-Sembangan, Jajal Borneo, Jajal Ntah Apa-Pa?, Jajal Staf dan banyak lagi. Mukim Gergitan juga cuba mengesan bakat-bakat kartunis dari Pulau Labuan untuk menghasilkan karya untuk terbitan akan datang.

Team Pemasaran Majalah ini sedang cuba menembusi pasaran di seluruh Sabah, Labuan, Brunei dan Sarawak. Ketika ini Majalah ini hanya boleh diperolehi dengan mengikuti jadual pameran bergerak PAKATUN di seluruh Sabah. Bagi peminat-peminat di W.P Labuan boleh mendapatkan di Kedai buku berhampiran dengan harga RM 5.80 sahaja bermula pada minggu hadapan.

Karya Gagak boleh dibaca dalam ruangan MISTERI MOMOK mukasurat 28 dalam majalah GERGITAN.. mempaparkan pelbagai kisah misteri orang tua-tua tempatan yang mempunyai moral kepada masyarakat.

10 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

jemput join BPN...

lihat details di blog rasmi BPN

Gagak berkata...

Ok BAh sudah daftar join BPN..
TQ.

PeminatJutawanMalaysia berkata...

waah gagak hebat la dapat berkarya dalam majalah...teruskan berkarya gagak...

Gagak berkata...

PeminatJutawanMalaysia..Terimakasih, Gagak & Team sedang buat Road Show.. harap tahun depan majalah ini boleh menemubusi pasaran tempatan...

sumandak bayu berkata...

Salam Bro...

Hebat dan bangga Sumandak bila tengok kartunis Gagak ape pun Sumandak akan sama-sama mempromosoi karya tempatan anak Sabah dalam pasaran majalah di negara ini. Terus perjuangan ANDA

Gagak berkata...

Sumandak Bayu.. Tq atas sokongan.. kami tengah berusaha untuk menembusi pasaran Sabah & Labuan.. Tidak harap sangat dengan bangsa asing ambil untung lebih-lebih..

girgyl berkata...

tahniah walaupun belum berkesempatan utk membaca majalah tersebut. utk tujuan hebahan satu alternatif adalah disyorkan agar mendaftar didiretori LabuanBlog.com.
http://labuanblog.com

Gagak berkata...

girgyl.. Terima kasih

Puteri Labuan berkata...

Puteri mau order GERGITAN.. boleh?

Gagak berkata...

Puteri...Kartunis Batak & Geng akan buat promosi di Ujana Kewangan pada 3 & 4 januari 2009.. jika tidak ada aral melintang..