Isnin, 8 November 2010

Lembu Oh Lembu MahalNya Kau........

Harga lembu korban melambung naik di Pulau Labuan sempena ketibaan Hari Raya Qurban tahun ini. Harga seekor lembu pada minggu ini mencecah sehingga RM 3500.00 seekor. Harga yang paling murah ialah sekitar RM3200.00 seekor.

Banyak faktor yang menyumbang kepada kenaikkan harga tersebut. Faktor utama ialah kos pengangkutan yang mana rata-rata lembu korban di Labuan diperolehi dari penternak di Sabah. Dalam masa yang sama penternak di Sabah juga sudah peka terhadap pemintaan yang meningkat secara mendadak sewaktu perayaan hari raya qurban.

Namun begitu yang tidak sedap didengar tu, ada pula agensi kerajaan yang ambil kesempatan dengan meningkatkan cas berlebihan untuk membawa masuk lembu-lembu korban ke Pulau Labuan. Rasanya ada kewajaran untuk agensi penguatkuasa meninjau perkembangan harga lembu korban di pulau Labuan dalam musim perayaan hari raya haji untuk mengawal daripada harga lembu terus meningkat pada tahun depan terutamanya cas-cas yang tidak sewajarnya yang perlu dibayar oleh pemimpin-pemimpin masyarakat.

Natijahnya, keuntungan peniaga tidak meningkat walaupun harga lembu korban meningkat. Ertinya ada pihak yang ambil kesempatan daripada kemeriahan dan keperluan sempena Hari Raya Qurban setiap tahun.

Gagak... tahun lalu harga seekor lembu hanya sekitar RM 2500.00 hingga 2700.00 sahaja... jiran-jiran gagak mengeluh Lembu Oh Lembu MahalNya Kau.... Ruang ULASAN telah dibuka semula untuk rakan-rakan blog Gagak mencatatkan bicara terhadap isu terkini di Labuan....

Tiada ulasan: