Ahad, 3 Oktober 2010

PKR Sedarkan Kita Untuk Terus Bersatu...

Mungkinkah Anwar akan ke Labuan dalam waktu terdekat ini ?
Pakatan Rakyat mengesahkan kehadiran dan kewujudan mereka di bumi Labuan. Seperti di bahagian lain dalam Wilayah Persekutuan, Pakatan Rakyat Labuan menyaksikan gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Menurut laporan sebuah akhbar tempatan minggu lalu, mereka akan memperjuangankan isu pembinaan Jambatan Labuan Menumbok salah satu isu yang sentiasa dihati warga Labuan ketika ini. Inilah kelebihan mereka berusaha meletakkan diri mereka bersama warga Labuan dengan memasarkan atau mengambil kesempatan terhadap isu yang menjadi minat orangramai. Tidak dapat dinafikan, mereka akan mampu menyuarakan isu ini, tetapi persoalannya mampukah mereka melaksanakan atau memenuhi keperluan itu. Atau ini semua hanya sekadar strategi politik sahaja. Sama-sama kita renung dan fikirkan.
Buat Parti Ku pula, ini satu isyarat yang jelas bahawa kepada kita betapa kita perlu terus bersatu. Kini pengundi sudah ada pilihan yang lebih jelas, kita perlu berusaha seperti mereka untuk sentiasa bersama rakyat dan memenuhi permintaan mereka. Kita perlu lebih kerap berada di media-media tempatan untuk menerangkan perhal perjuangan kita membina masa depan anak-anak kita dan anak-anak mereka.

Gagak.....barisan yang dipaparkan ini lebih kepada demo sahaja, kerana pemimpin sebenarnya masih berada di belakang tabir pentadiran mereka....Buat perjuang dalam PartiKu khususnya perjuang peringkat pertengahan cepat-cepat la hentikan muzik yang mengiringi permainan merebut kerusi tu....Bersatu dalam ertikata Bersatu Fizikal, Bersatu Rohani, Bersatu Hati Dengan Seorang Nakhoda......

Tiada ulasan: