Selasa, 21 September 2010

Parti Keadilan Labuan Lengkapkan Pakatan Rakyat Di Labuan...

Dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja, hari ini sekali lagi kotak inbox e-mail Gagak dihantar dengan maklumat politik di Labuan. Kawan ni bagitahu pada hujung minggu ini akan diadakan satu perjumpaan di salah sebuah hotel di sini oleh pemimpin Parti Keadilan untuk membincangkan penubuhan Parti tersebut di bumi Labuan.
Parti ini pernah mempunyai seorang pemimpin di Labuan suatu ketika dahulu iaitu sebelum PRU ke 12. Tetapi selepas PRU ke 12 parti ini senyap dan hilang begitu sahaja. Kini usaha mengaktifkan semula parti ini mula diusahakan.
Gagak... warga Labuan yang ingin tahu cerita lebih lanjut perlu mendapatkan akhbar tempatan pada hari sabtu dan ahad ini terutamanya yang berbahasa Inggeris dan Cina... Dalam PRU ada istilah Pasca Pilihanraya.. kini kita sudah memasuki Era Pasca Pilihanraya.. semua parti telah pun mengatur strategi dan perancangan untuk menghadapi lawan masing-masing dalam pilihanraya ke 13 nanti...Dan bagi Kerusi P 166 PRU ke 13 pastinya menarik dan sangit walaupun hanya 1 kerusi Parlimen dipertandingkan di Labuan....

Tiada ulasan: