Ahad, 8 Ogos 2010

MP Labuan dilantik Ketua Penerangan UMNO Bahagian Labuan..

Pemangku Ketua Bahagian Umno Labuan telah mengumumkan kepada ahli-ahli UMNO yang hadri di Program Juara Rakyat Zon 3 yang berlangsung di Kampung Bukit Kalam semalam( 8/8/2010 Ahad ) berhubung dengan perlantikan YB Ahli Parlimen Labuan sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Labuan.

Pengumuman tersebut telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak terutamanya kalangan ketua-ketua cawangan UMNO Labuan yang terkejut dengan pengumuman secara terbuka oleh Datuk Hj. Yunus Kurus.

Menurut sebilangan ketua cawangan yang sempat Gagak, temui hal-hal dalaman parti tidak perlu diumumkan secara terbuka. Biarlah kalangan AJK UMNO Bahagian Labuan sahaja yang terlibat dalam proses rombakan kecil UMNO Bahagaian Labuan. Pengumuman secara terbuka semalam telah menjadikan rombakan kecil UMNO Bahagian Labuan tumpuan kalangan pemimpin masyarakat di sini. Klik untuk muka depan Daily Mail 9/8/2010

Terdapat kalangan Ketua Cawangan UMNO yang bersampati dengan penyandang Jawatan Ketua Penerangan UMNO Tn. Hj. Alias Hussin yang turut hadir dalam majlis semalam.

Gagak... niatnya baik tapi silap gaya dan cara penyampiannya mengakibatkan ada kalangan mereka yang berjuang bersama terasa kecil hati.... Gagak rasa adalah lebih baik YB Ahli Parlimen tidak berada dalam AJK UMNO Bahagian Labuan sekarang kerana tempoh pemilihan Bahagian UMNO pun tidak sampai 12 bulan lagi... Biarlah barisan UMNO Bahagian Labuan sekarang menghabiskan tempoh perlantikan mereka dan situasi pemimpin orang Melayu di Labuan sudah beransur pulih, kukuh dan mula bersatu..tapi dalam banyak-banyak reaksi yang paling melekat di Telinga GAGAK ialah perkataan MENYATU ATAU MENYELAMAT...

Tiada ulasan: