Ahad, 29 Ogos 2010

10 Malam Terakhir Ramadhan - MasihKah Kita Bersama Dalam 1 Doa 1 Tujuan ?

Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan untuk semua rakan-rakan Bicaragagak. Kita sudah tiba di 10 Ramadhan yang terakhir. Seperti yang telah kita ketahui 10 Ramadhan Pertama ialah RAHMAT, 10 Ramadhan ke Dua ialah Pengampunan Dan 10 Ramadhan terakhir ialah dijauhkan kita dari API NERAKA...

10 Ramadhan terakhir juga akan menemukan umat Nabi Mohamad SAW dengan mukjizat 1 malam yang sama dengan 1000 malam jika kita beramal di malam harinya. Malam tu di kenali dengan panggilan MALAM LAILATUR QADAR.. semoga kita ditemukan denganNya.


Gagak... Video Youtube tu jangan percaya sangat lah.. kita manusia 99.9% tidak akan dapat tengok Malikat.. Lain cerita dalam 2, 3 minggu ini banyak jua isu hangat dan panas berlaku di Labuan tapi Gagak malas mahu catatankan di blog ini pasal hormat Bulan yang Mulia Ramadhan.. dalam banyak-banyak isu tu yang paling hangat ialah isu di sebuah sekolah di Labuan yang menyentuh soal agama antara Islam dan Kristian.. mengikut analisis yang Gagak buat ianya berpunca daripada kalangan pengamal media yang kurang arif terhadap isu sensetif antara kaum khususnya isu agama..sehingga catatan ini dibuat Gagak dengar banyak pihak sudah terlibat termasuklah CID PDRM, JAWI, juga kalangan Mubalig dari KK termasuklah Peguam...Gagak doakan mereka yang terlibat dapat berunding secara baik tidak perlu bawa ke Mahkamah... Semoga Kita Terus Bersama 1 Doa 1Tujuan...

Tiada ulasan: