Selasa, 13 Julai 2010

Lawatan Tan Sri Muhyyidin Yassin Ke Labuan - 22 Julai 2010 ( Khamis )

Khabarnya 22 Julai 2010 ( Khamis ), buat julung-julung kalinya YAB Tan Sri Muhyyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan akan datang ke Pulau Labuan.

Maklumat yang sampai ke e-mail Gagak menyebut YAB Tan Sri akan tiba di Labuan sekitar jam 9 pagi dan akan berangkat balik pada jam 5 petang. Antara program YAB Tan Sri ialah Perjumpaan dengan Pemimpin UMNO Bahagian Labuan, Menghadiri Majlis Labuan Shipyard dan sebelah tengahari akan berada di UMSKAL untuk Program Jabatan Pelajaran Labuan.

Rasanya inilah peluang terbaik untuk pemimpin Labuan menyatakan pendapat dan suara Rakyat Labuan terhadap beberapa isu yang menjadi ketidakpuasan hati rakyat Labuan terhadap Kerajaan antaranya ialah Isu Kanun Tanah, Status Jabatan Pelajaran Labuan, Isu Air dan beberapa isu tempatan lain yang perlu diberi perhatian SERIUS oleh pemimpin pusat.

Dan bagi pemimpin tempatan khususnya UMNO Bahagian Labuan inilah masanya untuk membuktikan kepada rakyat Labuan bahawa sesungguhnya kaum ada kelayakkan untuk memimpin dan mentadbir bumi Labuan dengan membuktikan suara kamu mampu mengegar gegendang telinga pemimpin pusat. Dan yang paling, paling utama ialah suara kamu lebih berkuasa daripada suara pemimpin pembangkang di Labuan...BUKTIKAN !

Gagak.... seronok tengok gelagat ketua-ketua Jabatan Labuan bila dapat tahu YAB TPM datang Labuan.. Jalanraya sebelum ini tidak rata diratakan, UMS tidak ada Air mesti penuh tangki 22 Julai ni....bagi orang kampung jom datang ramai-ramai sembut YAB TPM di UMSKAL pada 22 Julai ni jam 2:00Petang...

Tiada ulasan: