Menghadiri Kuliah Maghrib Datuk Ustaz Ismail Kamus di Masjid Jamek An-Nur semalam ( 7/7/2010 ) terasa amat kerdil diri dan sedikit sangat ilmu yang dipinjamkan oleh pencipta dalam diri ini.
Sebenarnya bukan senang untuk mendapatkan peluang menerima ilmu secara langsung dari seorang ahli agama seperti Datuk Ustaz Ismail Kamus di W.P Labuan ini. Ini kerana seperti sudah menjadi trend atau budaya di Pulau Labuan lebih membudayakan program-program yang lebih menghiburkan dan berunsur keduniaan daripada program yang membawa kesedaran tentang alam selepas dunia ini. Kalau ada pun program sebegini diadakan kurang mendapat sambutan.
Berbeza keadaannya semalam, orangramai membanjiri Masjid Jamek An-Nur walaupun jemputan hanya disebarkan melalui SMS sahaja. Ini kerana nama Datuk Ismail Kamus, seorang tokoh agama yang memiliki AURA dengan setiap patah kata-katanya benar-benar melekat di hati setiap yang mendengar dengan ikhlas akan apa yang disampaikannya.
Tajuk kulih Maghrib semalam ini, 1 Nikmat 1 Musibah, apa yang Gagak sempat kongikan dicatatan ini ialah sesungguhnya masa itu akan berlalu dengan cepat apabila kita jauh dari pencipta tetapi masa akan terasa lama dan panjang apabila kita hampir dengan Allah. Contoh yang paling mudah ialah ketika kita berpuasa di bulan Ramadhan masa terasa terlalu panjang khususnya ketika menanti waktu berbuka, berbanding dengan waktu hari-hari biasa masa terlalu cepat pergi hinggakan kita tidak sempat menyiapkan kerja... dan tanda-tanda kiamat ialah masa yang terlalu cepat berlalu..
Gagak .... teringin sangat melihat pemimpin UMNO Bahagian Labuan membawa Dr. Asri, Bekas Mufti Perlis datang ke Labuan buat road show ke Masjid dan Surau mesti gempak punya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan