Khamis, 27 Mei 2010

Cuti Oh Cuti....



Cuti oh cuti... 28 hingga 1 Jun adalah cuti umum bagi kakitangan kerajaan dan swasta di Sabah, Sarawak dan Pulau Labuan. Tempoh ini adalah peluang terbaik untuk membawa keluarga bercuti. Apatah lagi cuti ini bertembung dengan cuti persekolahan.Dan bagi pekerja pastinya peluang ini digunakan untuk balik kampung.

Isu yang masih menjadi sebutan ramai ketika musim cuti begini ialah Perkhidmatan Feri Kenderaan Labuan Menumbuk. Tinjuan rakan-rakan gagak mendapati pengurusan Feri Labuan Menumbuk berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan semua pengguna dapat bertolak mengikut jadul dengan tempoh perjalanan kurang dari 2 jam. Jumlah Kenderaan yang Wating List ketika ini juga agak banyak tetapi pihak Feri Kenderaan Labuan Menumbuk berjaya memastikan semua kenderaan Wating List berjaya bertolak pada hari yang sama tidak seperti sebelum ini.


Gagak.. sudah jadi kebiasaan orang kita suka bertindak di saat akhir, tidak merancang perjalanan.. sebenarnya golongan ini lah yang kuat melaungkan masalah perkhidmatan feri Labuan Menumbuk.. Ada juga suara yang menyatakan pengurusan Feri Labuan Menumbuk terpaksa melayan keperluan pengguna dengan Perkidmatan First Class pasal tempoh kontrak mereka bakal tamat kalau pengguna banyak rungutan pasti sukar mahu dapat sambungan kontrak.... ini baru mahu dapat sambung kontrak sudah Fist Class kalau sudah dapat macammana ah ? Atau baiknya wujudkan pengusaha kedua atau pesaing baru pasti perkhidmatan First Class selama-lamanya untuk pengguna... Tapi Gagak Tidak Setuju kalau pengusaha kedua tu bukan orang tempatan Labuan, nanti habis hasilnya keluar Labuan, pengusaha sekarang ni selalu bagi sumbangan kepada masyakat Labuan dan kalau dia jutawan pun pasti orang sebut Jutawan Labuan...

Tiada ulasan: