Jumaat, 6 November 2009

PAPAN TANDA LUSUH - DiBiar Atau TerBiar ?

Papan tanda (gambar) nama jalan di Jalan Sungai Keling – Rancha-Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan perlu ditukar kerana sudah lusuh dan kabur sehingga perkataan yang ditulis sudah tidak kelihatan dan sukar dibaca.

Selain itu, papan tanda nama jalan itu terlindung oleh pepohon rendang yang ditanam di tepi jalan tidak harus terbiar. Usaha perlu dilakukan untuk menukar atau mengecat semula papan tanda nama jalan yang sudah lusuh warnanya bagi memudahkan pelawat mengenali dan mengetahui tempat yang dituju.

Sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di rantau ini, papan tanda nama tempat dan jalan wajar diperbanyakkan untuk kemudahan orang ramai terutama pelancong. Papan tanda nama tempat dan jalan boleh menjadi imej kepada Pulau Labuan. Ianya tidak harus DiBiar atau TerBiar?

Thank's Gagak Putih... Saya suka perkara foto ni... Kepada rakan-rakan Gagak yang lain e-mailkan bahan-bahan sebegini untuk kita kongsi bersama demi kemajuan Labuan! Gagak di Kundasang dari 5 hingga 8/11/2009..

Tiada ulasan: