Isnin, 14 September 2009

Ketua PEMUDA Labuan - Dinamik & Memenuhi Aspirasi Kepimpinan Masa Kini..

Ahad lalu gagak sempat berkunjung ke Majlis Penyampaian Sumbangan Ketua Pemuda Labuan Saudara Mohd Rafi yang diadakan di kediaman keluarga beliau di Kg. Tanjung Aru Labuan. Seramai lebih kurang 100 orang tua, ibu tunggal, fakir miskin dan anak yatim menerima sumbangan daripada keluarga Alli Hassan.
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)


Sepanjang perjalanan pulang dari majlis tersebut gagak teringat kata-kata guru politik gagak, katanya " antara elemen kecerdasan intelektual, penguasaan emosi dan penghayatan spiritual perlu dimiliki oleh golongan pemuda yang ingin menjadi pemimpin masa depan yang dinamik dan memenuhi aspirasi kepimpinan masa kini. Selain itu mereka juga perlu peka dengan cabaran semasa yang bersifat global disamping memiliki ilmu yang luas dan semangat yang kental serta menerima didikan spiritual yang mantap sebagai bekalan untuk menggalas tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa"


SeruanKu kepada rakan-rakan belia dan pemuda Labuan mari kita bersatu, berpadu dan berkerjasama, berusaha bersama-sama menjalinkan hubungan yang lebih erat dan mesra dikalangan kita. Mari kita bentuk satu rangkaian atau Networking agar kita menjadi besar dan kuat. Hakikatnya generasi kita mampu merubah situasi politik Labuan hari ini kepada yang lebih segar dan sihat. Kuncinya ada pada pemimpin PEMUDA Labuan.

Sidang Media PEMUDA Labuan..Media kejar Ketua Pemuda untuk tahu perkembangan PEMUDA Labuan, khabarnya ada projek untuk PEMUDA Labuan hasil usaha Mohd Rafi turun naik Kementerian di Putra Jaya.


Gagak .. Dapat Foto ni semalam.. kawan yang e-mailkan.. TQ ah..

Tiada ulasan: