Isnin, 10 Ogos 2009

Jerabu Beransur Pulih.. Topeng Pula Naik Harga !

Gagak dapat topeng ni dari Kesihatan, kalau belipun dalam RM 40 untuk 50 keping/ sekotak.. Sekarang ini gagak makan vitaman 3 biji sehari, coz Doktor kata satu cara pencegahan ialah dengan meningkatkan pertahanan badan dan menjaga kesihatan...

Pagi yang indah.. merenung sekeliling terasa jerabu di bumi Labuan sudah beransur pulih. Mungkin benar kata seorang tua yang ditemui di warung fatimah Bukit Kalam semalam, katanya angin hujan sudah bertiup, ini petanda jerabu akan beralih arah dan keadaan kembali seperti sediakala. Harap-harap ramalan orang tua itu betul..
Petang semalam sempat membuat tinjuan perkembangan H1N1 di Labuan. Sehingga semalam sudah terdapat 18 orang positif di Labuan. Dan kemungkinan angka ini akan terus meningkat.

Topeng / penutup hidung dan mulut juga naik harga. Ramai kawan-kawan mengeluh katanya, dulu harga sekitar 80 sen satu, tetapi minggu lepas sudah mencecah harga RM 2/- satu. Malahan semalam ada kawan kata pelajar di sekolah menengah juga mula menjual topeng kepada kawan-kawan dengan harga yang lebih tinggi.

Macam-macam hal yang berlaku, apa pun yang penting ialah orangramai perlu mendapatkan maklumat yang benar, tepat dan betul daripada pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kesihatan dan ibubapa boleh merujuk kepada Jabatan Pelajaran tentang anak-anak mereka.

Tiada ulasan: