Ahad, 5 Julai 2009

POLIS MASUK KAMPUNG....

Sabtu lepas ( 4 Julai 2009 ) sempat berkunjung ke Kampung Lajau, menyaksikan program sehari anjuran JKKK Kampung Lajau. Menurut Ketua Kampung Tn Hj. Sudin, Kampung Lajau ini agak popular dengan sebutan KL( Kg. Lajau ), sama dengan Kuala Lumpur.

Program PDRM masuk kampung berlangsung pada sebelah pagi. Program ini agak menarik kerana kesungguhan pihak PDRM untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat. Pagi tu boleh dikatakan ramai pegawai tertinggi PDRM dari
Ibuppejabat Polis Labuan yang diketuai oleh DSP Zakaria, Timbalan Ketua Polis Labuan berkunjung ke Kampung Lajau dan bermesra dengan orang kampung.


Seperti yang dinyatakan oleh DSP Zakaria, program ini menjurus kepada usaha menjalinkan kerjasama, hubungan yang lebih mesra antara anggota PDRM dengan masyarakat kampung. Usaha ini juga bertujuan untuk menghindarkan persepsi negetif masyarakat terhadap anggota berunifom.

Sesungguhnya peranan PDRM dalam memastikan masyarakat dan rakyat negara ini dapat hidup dalam aman, tenteram dan tenang tidak dapat kita nafikan. Sebab itu adalah penting bagi kita selaku masyarakat memahami akan peranan dan tanggungjawab PDRM, dan dalam masa yang sama kita juga perlu tahu peranan kita dalam membantu anggota PDRM melaksanakan tugas mereka.

Program PDRM masuk kampung akan terus diadakan, Tunggu PDRM ke kampung anda..

Tiada ulasan: