Isnin, 29 Jun 2009

SUSPEK H1N1 DI LABUAN....

Tengahhari ni gempar ibubapa di Labuan apabila tersebar khabar bahawa seorang pelajar telah disuspek menghidap H1N1. Suspek dikatakan seorang pelajar bersekolah di sebuah sekolah rendah di sini. Menurut kata seorang kawan yang mengikuti perkembangan kes ini, menyatakan pelajar tersebut baru sahaja balik dari Hong Kong bercuti.
Kira-kira jam 11 pagi tadi pelajar tersebut demam dan rakan beliau yang duduk bersebelahan juga turut demam. Peristiwa ini menjadikan kakitangan sekolah tersebut mengerakkan jawatankuasa mereka yang sudah sedia tertubuh menjalankan pelan pencegahan dengan segara. Jabatan Pelajaran Labuan juga khabarnya telah mengadakan mesyuarat tergempar sebelah tengahari bagi menangai situasi ini.
Lewat jam 3 petang, khabar gembira telah diterima daripada Jabatan Kesihatan Labuan yang menyatakan ke dua-dua pelajar tersebut bebas dari H1N1.
Sebagai anak jati Labuan saya cukup merasa bangga dengan tindakan segara pihak Pelajaran, Sekolah dan Kesihatan dalam menangani wabak selsema babi ini. Jawatankuasa H1N1 Labuan sememangnya sudah menyediakan Pelan tindakan segara mencegah wabak ini dari merebak.

Tiada ulasan: