Isnin, 4 Mei 2009

Masih Pasal LISC 09- Indah Yang Kurang Selesa...

Bukan berniat untuk menunjuk pandai, bukan juga mahu menidakkan kebijaksanaan dan kewibawaan penganjur yang telah bertungkus lumus memastikan LISC 09 meriah...tapi sekadar ingin berkongsikan pandangan dari persepsi seorang pengunjung yang mahukan LISC terus masyhur di Kepulauan Berneo dan sekitarnya..

Terbukti LISC masih berbisa walaupun sudah 13 kali dianjurkan.. buktinya hampir seribu hingga 2 ribu buah kereta berada di tempat letrak kereta pada waktu puncak iaiatu sekitar jam 10 pagi hingga 3 petang. Namun yang kurang selesanya, tempat letak kereta yang tidak rata, berlubang dan tidak ada penanda arah. Laluan keluar masuk hanya satu sahaja untuk jumlah kereta yang begini banyak. Adalah wajar penganjur menaiktaraf tempat letak kereta ini, kerana tiada INDAHnya LISC tanpa pengunjug.

Jalan masuk ke Kompleks Sukan Air Labuan sesak walaupun polis Traffik sentiasa mengawal lalulintas. Puncanya hanya satu sahaja laluan masuk dan keluar dari tempat letak kereta.








Antara pengunjung yang berpatah balik kerana tidak tahan dengan kesesakkan lalulintas


Fasilitet yang disediakan oleh penganjur amat memuaskan, pemeran kerajaan diadakan dalam khemah yang berhawa dingin begitu juga dengan kumpulan media yang membuah liputan sepanjang LISC 09. Peniaga dan pengunjung amat rapat yang memudahkan urusan jual beli, ini yang INDAHNYA LISC 09..

Yang Kurang Selesanya..







Hampir ke semua Tandas Awam di Kompleks Sukan tidak berfungsi. Kotor bukan persoalannya kerana bukan mudah untuk membersihkan tandas dengan jumlah pengunjung yang ramai. Tapi persolannya kenapa hampir kesemua tandas tersumbat dan tidak berfungsi.


Ini satu lagi aku tak faham fungsinya, Kibaran kain berwarna-warni sepanjang jalan di KompleksSukan Air.. ramai kawan kata ini pembaziran, tiada imej atau mesej yang disampaikan oleh kibaran kain ini...


Apa Pun Tahniah dan Terima Kasih MTPL & Kementerian Pelancongan serta semua agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam melaksanakan LISC 09. Selaku anak jati Labuan sesungguhnya jasa kalian memasyhurkan Pulau Labuan tempat kelahiranKu ini, amat besar ertinya bagi kami generasi muda di Pulau ini.


Untuk Pemimpin BangsaKu teruskan usaha dan perjuangan..


Gagak LA.. Catatan di KKIA untuk Pesta Sukan Air Antarabangsa Labuan 2009.

3 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam,

Nampaknya, GAGAK lagi konsisten melakukan post mortem ke atas event terbesar Labuan.

Teruskan usaha!
;p

p/s:
Nampaknya, alum ada rezeki kitani bejumpa.

Ramlen Salleh berkata...

MUS.. satu lagi yang saya tidak tulis ialah pesanan dan keluahan orang tua-tua kitani tentang acara UMANG RACE yang mengundang ribut pada malam terakhir sembutan.. Selaku orang Islam adalah dilarang kita untuk menjadikan binatang sebagai jenaka dan yang lebih teruk ada yang memaki dan membaling batu kepada UMANG yang hanya tahu mencari makanan sahaja..malam tu ada pengunjung yang cedara dihimpit tiang skrin selepas MAWI membuat persembahan.. di Kg Bebuloh Laut atap 16 buah rumah terbang dipukul ribut...
Tu la tidak dengar nasihat orang tua-tua.. masap bah ni namanya...

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Gagak,

Saya bersikap terbuka dalam hal "masab" ni. Mungkin hanya kebetulan, mungkin juga kerana balasan, wallahualam.

Tapi, demi memastikan event ini mendapat 100% respect, perkara2 yang melibatkan sensitiviti org2 terdahulu harus di ambilkira.