Ahad, 26 April 2009

ROUND ISLAND Trip - Masih Banyak Aset Labuan...

Meninju pemandangan Pulau Tercinta dari Laut telah membuka minda betapa sesungguhnya Pulau Labuan ku ini masih mempunyai banyak Aset yang boleh dibangunkan sebagai pemangkin kepada kepesatan Ekonomi Labuan.

Satu yang amat berpotensi untuk dibangunkan ialah Pulau Kuraman. Terletak berhampiran perairan Negara Brunei. Pulau ini amat sesuai untuk diberikan status Pulau Antarabangsa atau Pulau Zon Bebas Cukai Malaysia. Pemberian status ini pasti akan menarik pelabur asing khususnya syarikat gergasi dalam industri Pelancongan Antarabangsa. Pasti akan berdiri sebuah resort bertaraf antarabangsa di Kuraman Island. Kehadiran pelabur asing ini pasti akan menjadikan Lapangan Terbang Labuan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebagai pintu masuk pelanggan mereka.

Kalau seekor burung gagak boleh melihat peluang ini malah gagak ini juga tahu bagaimana mahu mendapatkan status Antarabangsa bagi Pulau Kuraman. Harap pemimpin Wilayah Persekutuan dan Pemimpin Labuan mengorak langkah ke arah ini agar Ekonomi Labuan melonjak tinggi dalam industri Pelancongan Negara...

2 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

salam...tq buat link ke blog saya di sini.

jemput ziarah blog dan jadi pemberi komen.

tq

Ramlen Salleh berkata...

Ok Bro.. selalu juga jengok Bro punya Blog tu..
Teruskan perjuangan menyebarkan fakta yang tepat dan benar..