Khamis, 16 April 2009

Datuk Suhaili Gugur Jawatan Ketua UMNO Bahagian

Bahan Dari UMNO-Online....

Datuk Suhaili Gugur Jawatan Ketua Bahagian Apr 15th, 2009 By administrator Category: Berita Eksklusif


KUALA LUMPUR, 15 April – Ibu Pejabat UMNO mengesahkan bahawa jawatan yang disandang oleh Datuk Suhaili Abdul Rahman sebagai Ketua Bahagian Labuan gugur dengan sendirinya berkuatkuasa serta merta.
Ini berikutan pendakwaan ke atas beliau di mahkamah, sebagaimana keputusan terdahulu (precedent) serta selaras dengan Perlembagaan UMNO, Fasal 10.10
Melucutkan jawatan mana-mana Ahli Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Cawangan atas apa-apa sebab sekali pun.
dibaca bersama Fasal 10.16
Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti.
Datuk Suhaili, 48, dituduh membuat kenyataan palsu kepada Mohd. Naser Mohd. Noor, seorang Jaksa Pendamai, berhubung pendaftaran Syarikat Saraequity Sdn. Bhd. pada 3 Ogos 1995.
Mengikut pertuduhan tersebut, beliau dituduh memberi maklumat palsu kepada Mohd. Naser Mohd. Noor dalam akuan berkanun, menggunakan nama Ahmad Suhaily Abdul Rahman dengan kad pengenalan bernombor H 0552182.
Bagaimanapun, Datuk Suhaili mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan Majistret Noor Hafizah Mohd. Salim membenarkan permohonan pihak pendakwaraya supaya kes tersebut dipindahkan ke mahkamah lain bagi membolehkan kes itu didengar serentak dengan satu lagi kes beliau berkenaan tuduhan menipu sebuah bank di sini, pada 1996.
Dalam kes tersebut, beliau didakwa atas tuduhan menipu Malayan Banking Bhd. cawangan Kota Kinabalu sebanyak RM160,000 untuk membeli sebuah apartmen di sini, pada 1996.

2 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam,

Macamana keputusan tu dibuat tanpa ada siasatan dalam UMNO.

Bukankah UMNO mempunyai badan disiplin?

Politik, politik...

Ramlen Salleh berkata...

MUS.. jengok ulasan di Labuan Kini pada tajuk 3 hari berturut-turut... terbukti orang Labuan amat kuat sentimen politiknya... Akupun diorang kutuk he he he..