Sabtu, 11 April 2009

" Apakhabar Orang kampung " .. Program Pejabat Ahli Perliman Labuan

Jari Sepuluh Memohon
Anak Nelayan Memasang Pukat
Hari Ini Kita Berhimpun
Semata-mata Untuk Berjumpa Rakyat...


Pantun yang diucapkan oleh YB Datuk Yussof Hj Mahal Ahli Perliman Labuan sewaktu membuka bicara dalam program Apa Khabar Orang Kampung yang berlangsung di Kampung Ranca-Ranca semalam.

Menghayati bait-bait pantun ini jelas betapa pemimpin ini amat ikhlas, jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai seorang Ahli Perliman. Sesungguhnya kerusi di Dewan Rakyat yang ampuk dan lembut itu akan menjadi kerusi yang keras dan panas jika rakyat yang mengundi tidak menerima khidmat yang sewajarnya.


Berikut adalah antara petikan ucapan beliau yang menarik untuk kita renung dan fikirkan....


" Orang bawah jangan bergaduh hanya kerana perbezaan sokongan terhadap pemimpin. Bersatulah !!!..


" Tidak ada pertindihan tugas antara Wakil Pejabat Perliman di kampung- kampung dengan Ketua Kampung... "


Natijahnya, Wakil Rakyat Labuan ini amat digemari dan dihormati oleh masyarakat peringkat akar umbi. Hanya segelintir golongan atasan dan peringkat pertengahan di Labuan yang kurang senang dengan kebolehan dan kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin.

YB Datuk Hj. Yussof Hj. Mahal pemimpin yang berjiwa rakyat. Mudah melupakan persengkataan, telus dan jujur melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat. Sesungguhnya kelemahan dan kekurangan akan mudah ditutupi oleh kesungguhan YB melaksanakan tugas sebagai Ahli Perliman. Kami rakyat sentiasa menyokong Datuk......

Tiada ulasan: