Isnin, 9 Februari 2009

Dua Pilihanraya Kecil Dalam Tempoh 60 Hari...

Dua pilihanraya kecil akan berlaku dalam tempoh 60 hari di dua buah negeri iaitu di Perak dan Kedah. Kerusi Perliman Bukit Gantang Kedah, kosong kerana penyandangnya meninggal dunia kemarin. Manakala DUN Bukit Selambu Kedah di kosongkan akibat daripada skandal moral penyandangnya.

Apa yang menarik, kedua-dua kerusi ini milik PKR. Mungkinkah PKR akan berjaya mempertahankan kerusi ini ? atau mungkin juga UMNO dan BN akan melakukan kesilapan yang sama seperti di pilihanraya kecil Kuala Terengganu ? Namun apa yang pasti bajet kerajaan akan tertumpu kepada dua kawasan ini...

Kepada penduduk di dua kawasan ini, fikirkanlah perniagaan yang boleh dilakukan, kerana kawasan anda akan pasti dikunjungi oleh petugas parti yang sedia berbelanja dengan bajet luar jangka ...

Tiada ulasan: