Rabu, 7 Januari 2009

Majlis Belia Labuan Minta Perhatian...


Bagi mengekalkan daya saing dalam menghadapi cabaran akan datang golongan belia perlu diberi peluang yang lebih terbuka. Hubungan yang erat dan kerjasama yang ikhlas antara pertubuhan bukan kerajaan (Ngo's) yang menjadi tempat belia bernaung dengan agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan membangunkan golongan ini perlu wujud dalam suasana yang mesra.

Majlis Belia Labuan merupakan satu-satunya badan yang menjadi penaung kepada semua persatuan belia di Pulau Labuan. Sewajarnya pemimpin tertinggi badan ini layak duduk semeja dengan golongan pengurusan dan profesional dalam agensi kerajaan.
Namun begitu, kewujudan pelbagai kelab dan program yang dikendalikan oleh agensi kerajaan yang mensyaratkan peserta perlu didaftarkan sebagai ahli. Situasi ini telah mewujudkan hubungan terus pengurusan agensi kerajaan dengan golongan belia di sini. Dan keistimewaan belia di Labuan ini ialah merekalah ahli persatuan dan merekalah jua yang mendaftar sebagai ahli dalam program dan kelab jabatan kerajaan. Dan akibatnya badan dan persatuan kurang diberi perhatian, kerana matlamat dan objektif kerajaan sampai kepada golongan sasar walaupun tanpa kerjasama daripada badan dan persatuan belia.
Natijahnya, kepimpinan tertinggi Majlis Belia Labuan boleh dibanggakan. Berani bersuara demi anak bangsa, demi masa depan golongan belia. Sememangnya inilah tanggungjawab dan bebenan yang terpikul dibahu pemimpin belia.

6 ulasan:

beliaku berkata...

Terima kasih gagak atas sokongan anda kepada kami kaum belia.Pda pndpat saya, pihak Majlis Belia Labuan juga perlu memikirkan kenapa mereka x dipndang skiranya pihak2 trtntu mengadakan prgram.kita tidak perlu mnuding jari kpd phk lain sbelum menyelidiki masalah sbnr.apa2 pun moga majlis akan terus muhasabh diri.
ikhlas daripada COLOURS YOUTH.

beliaku berkata...

sokonglah kami belia labuan.

www.labuanyouth.blogspot.com

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Gagak,
Teruskan usaha membentuk belia perkasa!!!

http://meetuncleshah.blogspot.com/2009/01/kempen-boikot-israelamerika-kolej.html

Ramlen Salleh berkata...

belia & beliaku.. teruskan perjuangan.. YB Labuan merupakan salah seorang pemimpin tertinggi Majlis Belia satu ketika dahulu.. mungkin beliau boleh membantu Majlis Belia Labuan.

MeeT uNcLe SHaH.. Gagak sokong kempen anti Isrealamerika..Mereka terlalu angkuh di muka bumi ini...

beliaku berkata...

Majlis Belia Labuan merupakan satu-satunya badan yang menjadi penaung kepada semua persatuan belia di Pulau Labuan. Sewajarnya pemimpin tertinggi badan ini layak duduk semeja dengan golongan pengurusan dan profesional dalam agensi kerajaan.

Kenyataan itu saya petik dari artikel GAGAK. Kalau difikirkan secara logik memang mereka layak duduk semeja dengan golongan pengurusan, tapi ada perkara yang GAGAK tidak tahu, mereka tidak hadir pun dalam mesyuarat yang dianjurkan JBS pada dua hari lepas. Yang hadir cuma beberapa exco mereka yang bertanggungjawab, sedangkan yang bersuara lantang dalam akhbar langsung tak nampak muka. Macam mana jabatan-jabatan hendak respek pada mereka. Fikir-fikirkanlah!

Ramlen Salleh berkata...

beliaku... inilah masalah orang kita.. tahu bersuara tapi tidak tahu jaga imej..