Sabtu, 31 Januari 2009

Bot Express Labuan - Menumbok Bukan Keperluan Mendesak - Lajim

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, berkata kerajaan belum mengambil keputusan meluluskan permohonan dari syarikat yang berminat untuk mengusahakan perkhidmatan bot express Labuan - Menombuk. Tambahnya lagi perkhidmatan bot express yang menghubungkan Labuan - Menumbok bukan satu keperluan mendesak.

Kira-kira 50 orang pengusaha bot tambang bumiputera merasa lega dengan kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan ini. Gagak setuju dengan Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Hj. Ukin, buat apa kita saingi pengusaha bumiputera yang kecil ini, hanya mengharapkan pendapatan bot penambang untuk mencari sedikit kelebihan. Kalau sudah kaya dan ada nama tu, buatlah perniagaan yang menyokong pengusaha bot ini untuk menambahkan pendapatan mereka bukannya mengurangkan pendapatan atau menjadikan pesaing mereka pula. Al maklumlah laluan ini sudah menjadi perkhidmatan yang utama kepada penduduk Labuan dan tanah besar Sabah untuk menyebarang.

Gagak juga merasa bangga dengan peningkatan kualiti perkhidmatan Labuan Feri Cop. yang sudah jauh lebih baik daripada dahulu. Tapi lebih baik kalau dua buah feri kenderaan beroperasi serentak dari Labuan - Menumbok pada satu-satu masa terutamanya pada musim-musim perayaan. Di pihak kerajaan pula, perlu memberikan peruntukkan kepada Labuan untuk membina Jeti Pendaratan Feri Kenderaan yang lebih selesa kepada pengguna. Antara punca pengguna merungut ialah keadaan Terminal Feri yang kurang selesa dan sering mengakibatkan kesesakan terutamanya di Labuan.

4 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Gagak,

Banar jua, mun ada 2 buting feri lagi tah sanang; nda payah lagi berabut sampai tangah malam.

Kelanguan dangan menunggu!!
hehehehehe

Ramlen Salleh berkata...

MUS .. Gagak baru saja cuti seminggu minggu lepas, saja lah melawat ladang sawit yang masih belum menjadi di Kota Belud, tu yang tidak dapat update blog ini sebab off line di sana.. selalu jua naik feri kenderaan ni, memang ada peningkatan sedikit la. dikit saja lah.. sebenarnya mereka ni ada dua buah feri sudah, 1 feri wawasan 1 lagi feri warisan.. tapi mereka ini pandai berniaga kalau tidak penuh wawasan sampai melimpah-limpah, feri warisan inda bejalan..atu tah gayanya besidia berbisness..

JKKK berkata...

Gergitan Februari bila bejual?..
:)

Ramlen Salleh berkata...

JKKK BM.. majalah tu dah 80 % ready hanya tinggal mencetak sahaja.. tapi kami masih lagi menunggu penaja dari Labuan.. kami di maklumkan situasi politik di Labuan kini agak kurang stabil.. jadi kena berhati-hati agar tidak menyenggung mana-mana pihak... insyllah sebelum akhir bulan Febuari ini semuanya akan dapat dilaksanakan... TQ la pasal tanya...