Jumaat, 16 Januari 2009

25 Tahun Labuan Menjadi Wilayah Persekutuan

Majlis Penganugerahan rasmi Oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
telah meletakkan Labuan setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia


Labuan akan menyembut Jubli Perak, Pulau Labuan menjadi Wilayah Persekutuan pada 1 Febuari 2009. Sudah 25 tahun warga Labuan menikmati pentadbiran terus oleh kerajaan pusat.


Cadangan untuk meletakkan Labuan di bawah pentadbiran bidang kuasa Wilayah Persekutuan pada mulanya diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah ketika itu, Datuk Hariss Salleh pada 1 Ogos 1983. Diikuti dengan upacara menandatangani satu deklarasi menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 yang seterusnya merinits satu perubahan baru untuk membawa pertumbuhan pesat Labuan di bawah pentadbiran secara langsung Kerajaan Pusat.


Tidak dapat dinafikan Labuan membangun selama 25 tahun ini. Pembangunan infrastruktur adalah yang paling ketara. Kemajuan infrastruktur yang berlaku di Pulau Labuan selama 25 tahun ini sebenarnya telah meninggalkan penduduk tempatan Labuan agak terkebelakang berbanding dengan sahabat-sahabat yang pernah menjalani kehidupan di bandar-bandar besar. Terdapat juga segenlintir warga tempatan Labuan yang hanyut oleh arus kemajuan infrastruktur ini. Ini mengakibatkan warga tempatan Labuan agak sukar untuk bersaing di dalam sebuah Wilayah Persekutuan.


Dalam erti kata yang lain selama 25 Tahun Labuan menjadi Wilayah Persekutuan pembangunan ekonomi dan sosial, masih agak kabur atau belum boleh lagi dibanggakan.

2 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Gagak,
Masih ada yang tertinggal sebenarnya. Selagi, tidak ada kesedaran, Labuan masih tetap seperti dulu.

Teringat kepada pertanyaan seorang sahabat dari semenanjung, "ape jadahnye Anjung Siswa kat terminal tu??? Ade pusat pengajian ke dekat2 ni??"

Satu lagi persoalan, di mana letaknya erti pembangunan sebenar, jalan kapung dinaiktaraf lebih dari lorong???

YB Datuk, pantau2 lah keadaan sekitar. Jangan terlalu selesa dengan title "WP" yang baru berusia 25 tahun ni.

Ramlen Salleh berkata...

MUS.. itu yang saya katakan hanya pembangunan infastruktur yang diutamkan, mungkin kerana pembangunan ini membawa keuntungan jutaan ringgit kepada orang melayu hingga terlupa nasib belia dan remaja serta golongan pertengahan.. yang sering menjadi mangsa kepada kemajuan infastruktur..sebagai contoh Anjung Siswa.. dibina dengan bejat ratus ribu ringgit.. tetapi peniaga yang dapat gerai tu tidak mendapat bimbingan dan dibimbing, hasilnya " hidup segan mati tak mahu.."