Ahad, 21 Disember 2008

Labuan PulauKu BagaimanaKah WajahMu Nanti ....

Menghitung hari melayari tahun baru 2009, tiba-tiba diri ini terkenangkan Pulau Kesayangku Labuan. Bagaimanakah raut wajah Pulau Ku ini untuk tahun-tahun mendatang nanti.



Sering ku dengar kata-kata pentadbir dan golongan pemimpin politik di Pulau ini jumlah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan bukan sedikit. Inilah yang menjadi kebanggaan mereka disini dengan membandingkan Pulau ini dengan daerah dan bahagian di Tanah Besar Sabah. Tidak dinafikan ia ada kebenarnya, tetapi bandingkan lah Wilayah Labuan ini dengan Wilayah Persekutuan Putra Jaya yang lebih muda usianya atau jika lebih berani bandingkan dengan Wilayah Kuala Lumpur, betapa Pulau ku ini jauh di belakang walaupun jumlah yang diberikan bukan sedikit. Persoalannya kenapa ?



Tiga perkara yang menjadi tumpuan pentadbir dan pemimpin politik untuk memajukan Labuan iaitu, Pusat Kewangan, Pelancongan dan terbaru Pelan Strategik Pembangunan Labuan 2010-2020 iaitu industri minyak dan gas. Bukannya tidak bersyukur dengan perancangan kerajaan, jauh sekali untuk menidakkan atau menentang usaha pentadbir dan pemimpin politik untuk memastikan Labuan terus maju dan bersaing. Namun timbul rasa terkilan di dalam diri bila menghitung dua daripada tiga perkara tersebut langsung tidak menyentuh penduduk tempatan. Pusat Kewangan, sehingga kini penduduk tempatan masih buta tentangnya, industri minyak dan gas membuka peluang pekerjaan kepada anak muda tetapi beberapa kerat sahaja yang layak, yang pasti orang minyak dan gas ini gaji hebat-hebat, mereka berbelanja tidak kisah punya, nasi campur harga RM 10/- mereka tidak kisah tetapi tidak bagi penduduk tempatan.



Industri Pelancongan diakui membawa penduduk tempatan menerokai bidang ini. Terdapat kemajuan dalam minda pemimpin tempatan dan penduduk tempatan untuk menerokai bidang ini. Namun begitu pihak yang dipertanggungjawabkan perlu mewujudkan satu suasana yang lebih segar agar industri ini menjadi lebih menarik. Bukan sekadar berbangga dengan hanya satu dua program untuk 365 hari sedangkan wang yang dibelanjakan habis berjuta-juta ringgit.


Seorang sahabat dari Semananjung pernah menyatakan adalah lebih bagi pihak berkuasa tempatan membina sebuah resort terapung di Kampung Patau-Patau lengkap dengan restoran terapung, gerai penduduk tempatan dan package memancing. Resot ini hanya berstatus budget hotel harga bawah RM 100/- semalam. Pasti ramai kakitangan kerajaan yang akan memohon cuti rehat menambah bilangan hari untuk menginap di sana pasal murah dan menarik.


Dan lebih keratif lagi, pihak yang memajukan industri pelancongan di Pulau Kesayangan Ku ini, mencari, mengesan golongan belia yang berbakat dalam industri batik. Sebenarnya industri ini banyak potensinya di Pulau Labuan yang kaya dengan khazanah dasar laut yang amat menarik dan amat berpotensi dijadikan imej batik tempatan.


Jauh disudut hati ini untuk melihat wajah Pulau Kesayangan Ku pada tahun-tahun mendatang lebih bercahaya dan menarik. Amat ku rindui kata-kata orang luar yang memuji Labuan sebagai syurga membeli-belah seperti satu ketika dahulu sewaktu zaman remaja ku sekitar tahun 1980-an. Adakah ianya akan kedengar lagi...

Tiada ulasan: