Isnin, 1 Disember 2008

KETUANAN MELAYU SIAPAKAH DALANGNYA?

Ketuanan Melayu, perkara yang cuba dibangkitkan oleh sebilangan pemimpin Bukan Melayu. Bukan sekali dua perkara ini cuba disentuh agar rakyat memberi perhatian. Namun kalangan pemimpin Melayu masih belum hilang taringnya untuk mempertahankan pasak kepimpinan Melayu di Bumi Melayu ini.
Dalam perlembagaan Persekutuan jelas menyebut tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu. Begitu juga dengan kedudukan agama Islam. Kenapa perlu dipersoalkan lagi?

Mungkin bukan pemimpin Bukan Melayu yang menjadi puncanya, mereka sekadar memenuhi ruang yang sengaja dibuka oleh Pemimpin Melayu yang rakus dan mencuba permainan belah pecah untuk kuasa.

Mungkin juga Melayu ini sudah kurang hebat semangat kepahlawananya. Hanya mahu bertikam keris sesama sendiri. Keris hanya sebagai perhiasan, sebagai lambang Bangsawan Orang Melayu.

Atau mungkin Melayu ini semakin kabur hala tuju perjuanganya. Parti sudah dijadikan sebuah organisasi yang boleh mendatangkan keuntungan. Perjuangan harta benda dan kedudukan menjadi agenda, nasib anak bangsa menjadi perkara kedua.

Berbeza sungguh lagak perjuangannya, suara yang melaungkan isu Ketuanan Melayu datang dari peringkat bawahan bangsanya, yang inginkan perubahan bangsa mereka di alaf dunia moden ini. Kekecewaan dalam pilihanraya umum yang lalu juga menjadi punca. Pemimpin bangsa mereka perlu lebih agerif dalam perjuangan membela nasib anak bangsanya.

Berbanding dengan pejuang Melayu, jumlahnya ramai, kuasanya besar, tetapi tariannya tidak selari. Jumlah barisan juga terlalu banyak. Hulubalang yang berada di barisan belakang sentiasa menghulus keris menikam siapa sahaja yang berada di hadapan. Manakala pahlawan yang berada dihadapan sudah cukup selesa, membina empayar cucu cicit sehinggakan sempat merancang untuk mewariskan kerusi hadapan kepada keluarga sahaja.

Isu Ketuanan Melayu tidak akan berani disentuh jika Melayu ini Bersatu. Berpakaian Baju Melayu, hayunan langkahnya sebagai orang Melayu, sujud dan rukuknya sebagai orang Melayu, yang yang paling utama bertuankan orang Melayu. Pejuang dan hulubalang Melayu bersatu membina Mahligai Orang Melayu yang kukuh dan indah hinggakan bangsa yang lain segan dan malu untuk memandangnya. Bersatulah BangsaKu Melayu.....

4 ulasan:

Pemuda IKS berkata...

Salam perkenalan,

Terima kasih kepada Gagak kerana menyokong perjuangan Pemuda IKS. Berharap perjuangan ikhlas ini akan tiada penghujungnya.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Ramlen Salleh berkata...

Pemuda IKS.
Terima Kasih kerana memberi bersama ruang dalam perjuangan ini.

a.d.a.m. berkata...

dalangnya????

masih jua orang melayu!!!

Ramlen Salleh berkata...

ADAM.. aku setuju !