Rabu, 19 November 2008

WANG & MANUSIA

Dua perkara ini sering menjadi persoalan yang bermain diminda saya untuk sekian lama. Mungkin juga anda pernah memikirkan akan persoalan yang sama. Apa jawapan yang anda perolehi kepada persoalan ini ? Sebenarnya topik ini adalah suatu yang amat menarik untuk dibincangkan dan dibualkan untuk menjana kepada satu matlamat mencapai kebahagian hidup mengikut citarasa kita.

Penciptaan wang dan manusia menjadi asas kepada saya menguraikan dua perkara ini. Manusia adalah penghuni dunia yang paling awal. Wang hanya wujud setelah jumlah manusia bertambah ramai dan wujud keperluan antara mereka. Hakikatnya untuk kita mendapat jumlah wang yang banyak kita perlu berada dalam kelompok manusia yang ramai.

Sering kita dengar perkataan wang bukanlah segala-galanya dan ada juga kalangan masyarakat yang berpendapat sebaliknya, iaitu wang adalah segala-galanya. Apapun yang anda fikirkan, sebenarnya dipengaruhi oleh keperluan kehidupan harian kita.
Perbezaan yang amat ketara dalam dua perkara ini ialah pada peranan dan fungsi kewujudan di dunia. Apa yang jelas ialah manusia amat memerlukan wang untuk menikmati kehidupan di dunia ini dalam banyak hal. Manakala wang dengan nilai yang tertentu berperanan dan berfungsi untuk menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Kita sering tertarik dengan nilai wang yang besar, dan sering mengabaikan nilai wang yang kecil. Namun tahukan kita sesungguhnya nilai yang besar itu bermula dengan nilai yang kecil. Ini adalah hukum kehidupan alam yang tidak mampu kita ubah. Tanyalah dengan golongan jutawan yang rapat dengan anda pastinya golongan ini tidak pernah mengabaikan nilai wang yang kecil.
Wang akan terus wujud di muka bumi ini sampai bila-bila. Kalau kita fikirkan perkara ini, kita akan tergolong dalam kalangan orang yang tidak mementingkan wang dalam banyak hal. Kita mungkin berpendapat mencari wang ibarat kita berlari, semakin kuat kita berlari semakin cepat kita penat walhal wang kekal berada dihadapan kita. Atau kita berpendapat wang tidak payah dicari kerana ia mampu datang sendiri dengan menggunakan ketajaman akal. Sesungguhnya akal adalah aset yang amat berharga dan tidak ternilai dengan wang ringgit. Sekiranya anda setuju dengan pendapat ini, anda sebenarnya sudahpun meletakkan diri anda dalam golongan yang tidak perlu berlari deras mengajar wang kerana wang boleh datang sendiri dengan menggunakan ketajaman minda.



1 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

"gagak"
mmg benar,nmaun kdgkala wang membantutkan manusia berfikir secara waras!!! lihat sj ,krupsi!!!
terlebih kaya pun tak guna. bukankah elok bersedekah...