Selasa, 4 November 2008

MILIK SIAPA UMNO ?

Parti Melayu ini sudah semakin kabur hala tuju perjuangannya. Dicanang sebagai parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Islam.

Namun hakikatnya amat jauh berbeza. Semakin hampir orang Melayu dengan parti ini, semakin tinggi rasiko untuk hidup tidak tenteram dan semakin banyak tekanan akan dihadapi. Istilah Kambing Hitam sudah begitu sinonim dengan perjuangan parti Melayu ini.

Perjuangan perlukan pengorbanan, tetapi jangan sampai orang Melayu yang dikorbankan demi parti Melayu ini. Lebih teruk lagi orang Melayu ini adalah ahli parti Melayu ini juga, terkorban atau sengaja dikorbankan kerana berlari bukan dalam barisan yang sama dengan ketua parti setempat. Tujuan dan matlamat dikorbankan atau terkorban kerana ingin memperlihatkan kuasa orang Melayu kepada orang Melayu yang lain.

Satu ketika dahulu Pemimpin Ulung Parti Melayu ini, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pernah bergolok bergadai harta kelurga demi untuk menawan Kelantan dengan niat memajukan orang Melayu Kelantan agar tidak jauh ketinggalan dalam arus permodenan negara.

Berbeza sungguh hari ini, pemimpin parti Melayu ini sanggup mengorbankan harta untuk menentang orang Melayu sendiri di tanah sendiri, ahli parti Melayu ini sendiri dan lebih hebat lagi orang bijaksana dalam parti Melayu ini akan ditikam lebih awal. Budaya Tikam-Menikam sudah menjadi perkara biasa dalam parti Melayu ini.

Terdetik dihati ini... Milik Siapakah UMNO ini ? Kalau Melayu yang menikam Melayu, apakah ertinya perjuangan Parti Melayu ini ?

Natijahnya, parti ini perlukan seorang perjuang Bangsa Melayu. Pemimpin yang akan bersuara kepada orang Melayu di Bumi Labuan agar bersatu dibawah Panji Pertubuhan Melayu Bersatu. Memegang Keris Pejuang Melayu bukan untuk menikam orang Melayu, bukan untuk menikam ahli-ahli parti ini, tetapi sebagai pemimpin yang sedia terkorban demi Bangsa Melayu dan Islam di Bumi Labuan.

2 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

saudara...
ini pernah saya perkatakan dalam satu isu dalam labuankini...
namun, apa yang boleh saya lakukan???
kita hny blogger yg slalu "dipandang sepi"!!!!
hakikatnya,orang MELAYU kini jadi "meLAYU-LAYU!!!

Ramlen Salleh berkata...

Salam Perkenalan meet uncle shah.. saya pun baru jua jadi Blogger di Labuanani. Saya rasa kita yang akan perjuangkan agar Blogger di Labuan tidak di pandang sepi lagi.. Catatan terbaru saya POLITIK Ketam...