Isnin, 29 Ogos 2011

Buat Semua Rakan Bicaragagak.blogspot..." Selamat Menyambut Merdeka Raya 2011 ".

Kehadiran YB Ahli Parlimen Labuan di Pertandingan Bercucul Kg. Pohon Batu pada malam raya ( 29 Ogos 2011) memeriahkan lagi malam raya di Kg. Pohon Batu

Terlebih dahulu Gagak mohon maaf kepada semua rakan-rakan blog bicaragagak ini kerana agak selalu tidak update.. bukan disengajakan tetapi disebabkan oleh Laman Sosial FaceBook yang sudah berstatus Breakfast dalam kehidupan harian GAGAK. Namun begitu blog ini akan terus aktif dengan catatan senario Bumi Labuan untuk perkongsian, renungan dan pengetahuan kita bersama...
Gagak juga ingin merakamkan ucapan terimakasih atas kesetiaan, minat, teguran, hantaran sms pandangan dan perkongsian rakan-rakan blog Bicaragagak selama ini.
Untuk catatan Merdeka Raya ini Gagak kongsikan foto Malam Raya (29 Ogos 2011) di Kg. Pohon Batu yang turut dihadiri oleh YB Datuk Hj. Yussof Hj. Mahal Ahli Parlimen Labuan yang hadir sekitar jam 11:00mlm.

Selamat Menyambut Merdeka Raya Buat Semua Rakan Blog Bicaragagak.

Gagak : sesungguhnya rata-rata warga Labuan mengakui YB Labuan ni amat rapat dengan rakyatnya.. beliau mampu bergerak sendiri meninjau dan menzirahi orang kampung tanpa perlu kepada protokol... teruskan usaha memajukan bumi Labuan dibawah Panji BN & UMNO..

Tiada ulasan: