Selasa, 21 Disember 2010

BillBoard, Papan Iklan Mampu Bantu Jana Pelancong Datang Ke Labuan

Salah Satu Papan Iklan Yang Gagak Jumpa di Bus Stop KK.. Cuma yang perlu di kempen di Papan Iklan ini ialah Kedai-Kedai Duty Free di Labuan bukannya tempat-tempat untuk di lawati kerana di Sabah ada banyak tempat yang lebih menarik...

Keberkesanan penggunaan papan iklan atau Billboard dalam mempromosikan sesuatu kempen atau produk tidak dapat dinafikan. Papan iklan atau billboard yang bersaiz besar serta berada di lokasi yang stretagik akan menarik minat orangramai.

Dalam membicarakan perihal industri pelancongan di Labuan yang agak lembab kebelakangan ini, rasanya ada baiknya pihak yang bertanggungjawab memajukan industri pelancongan domestik di Labuan membelanjakan sebahagian daripada peruntukan bagi tahun 2011 untuk menempah papan-papan iklan atau billboard di beberapa lokasi di daerah dan bahagian di Sabah dan Sarawak serta di negara Brunei Darulsalam. Usaha ini mampu membantu menjana pelancong domestik datang ke W.P Labuan.

Jumlah pekerja Oil & Gas yang ada di Labuan ketika ini dan peningkatan pelancong domestik ke Labuan pada musim-musim tertentu akan dapat menguatkan kuasa beli dan menjana kecairan wang dengan lebih pantas yang pastinya akan menjana pendapatan penduduk tempatan.

Gagak.. ramai kawan-kawan cakap orang yang ke Labuan kebelakangan ini bukanNya pelancong tetapi pekerja industri Oil & Gas... tu yang hairan bin ajaib ada pemimpin keluarkan kenyataan pelancong berpusu-pusu ke Labuan...

Tiada ulasan: