Khamis, 22 Julai 2010

Status Jabatan Pelajaran Labuan Kekal - Terima Kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin TPM

Tidak boleh dinafikan gandingan tiga pemimpin UMNO ini adalah yang terbaik dan paling memberi impak terhadap kemajuan orang Melayu di Bumi Labuan.. ( Dari kiri Dato Hj. Suhaili Abd. Rahman, YB Datuk
Hj. Yusof Hj. Mahal & Dato' Hj. Hariss Anuar Tan )

" ... setelah mengambil kira semua pandangan dan rasa kurang puashati pelbagai lapisan masyarakat di Labuan, saya nak umumkan di sini bahawa Jabatan Pelajaran Labuan dikembalikan statusnya sebagai sebuah jabatan ".. inilah kata-kata keramat yang pasti akan menjadi ingatan kepada semua lapisan masyarakat Labuan sempana Lawatan kerja YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran ke Labuan semalam. Kata-kata tersebut juga telah membuatkan ratusan warga pendidik dan bekas pendidik di Pulau Labuan menitiskan air mata tanda terima kasih kepada keperihatinan YAB Tan Sri Muhyiddim Yassin terhadap nasib anak-anak Labuan. Ucapan YAB turut disiarkan secara langsung oleh Labuan F.M.

Sebelum ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan untuk mengecilkan status Jabatan Pelajaran Labuan kepada sebuah Pejabat sekaligus digabungkan dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun tindakan itu mendapat bantahan daripada pemimpin masyarakat, pemimpin politik, NGO's dan masyarakat Labuan secara keseluruhannya.
Saudara Mohd. Rafi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labuan memperkenalkan barisan Pemuda UMNo Cawangan Labuan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin....

Gagak.. Isu Jabatan Pelajaran Labuan.. kalau Gagak tidak silap terdapat kira-kira 6 naskah Memorindum Bantahan terhadap status Jabatan pelajaran Labuan.. empat daripadanya telah diserahkan kepada YAB Tan Sri.. 2 sewaktu ketibaan, 1 di Majlis Asian Suply Base, 1 di Jamuan Makan Tenghari dan 2 lagi tidak sempat diserahkan kerana YAB telah memberi jawapan kepada kaluhan rakyat Labuan...terima kasih Tan Sri..

Sebenarnya banyak rahmat dan berkatNya ketibaan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Ke Labuan, beliau menyatukan semua pemimpin UMNO Bahagian Labuan dan yang paling utama dan mengambirakan Gagak ialah Tan Sri telah memulihkan kepercayaan masyarakat Labuan terhadap UMNO yang mampu membela dan menyelesaikan masalah rakyat Labuan.. kalau sebelum ini aduan kepada pemimpin pembangkang yang datang ke Labuan sekadar mampu diangkat ke peringkat atasan tanpa penyelesaian....

Gagak.. rasanya next Juara Rakyat UMNO Bahagian Labuan jemput YB Dato Sahziman Abu Mansor Menteri Kerja Raya... mungkin jalanraya di Labuan jadi baik.. he he he

Tiada ulasan: