Ahad, 11 Julai 2010

Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan - Ucapan Ketua Pemuda Curi Tumpuan..

Ucapan Saudara Mohd. Raffi Ketua Pemuda Labuan curi tumpuan perwakilan UMNO Labuan

Semakin terserlah kewibawaan dan ketokohan Ketua Pemuda UNMO Bahagian Labuan ini. Walupun masih agak muda dengan rekod kurang dari dua tahun mengetuai Sayap UMNO Labuan, namun aura seorang pemimpin agak menyerlah dalam diri saudara Mohd Rafi Alli Hassan.

Bahasa yang mudah, jelas dan nada ucapan seorang politician adalah ciri dan gaya pengucapan awam yang boleh mempengaruhi pendengar. Mesaj akan lebih mudah sampai kepada penerima dengan gaya persembahan begini berbanding dengan gaya purbakala yang masih menjadi trend atau budaya pengucapan kalangan pemimpin veteran Labuan.

Mungkin ada benarnya, kata seorang teman yang menyatakan masanya sudah tiba bagi UMNO Labuan berubah kembali kepada cara politik orang Labuan. UMNO Labuan sebenarnya jauh lebih HARMONI dalam pemilihan pemimpin. Jangan dipengaruhi oleh gaya dan cara politik UMNO di Semenanjung.

Barisan pemimpin pelapis dalam UMNO Bahagian dan Pemimpin Pemuda UMNO Labuan jika gandingan ini bersatu boleh membuat permulaan yang baru kepada UMNO Bahagian Labuan. Permulaannya bermula dengan mengikis kepercayaan bahawa kita tetap akan selamat. Kita perlu berdikari, berdiri atas kaki sendiri. Jika kita ingin berdikari, berdirilah atas kaki sendiri, jangan bergantung kepada orang lain, jangan meminta-minta.

Sudah tiba masanya UMNO Bahagian Labuan melonjakkan seorang pemimpin Politik Labuan kepada satu tahap yang luarbiasa. Tidak mustahil selepas PRU-13 nanti orang Labuan boleh berbangga dengan perlantikan pemimpin Labuan sebagai seorang Timbalan Menteri. Syaratnya hanya ada 1 Wawasan, 1 Matlamat, 1 Visi dan yang paling utama 1 pemimpin. Selebihnya bertindak menyokong Wawasan, Matlamat, Visi dan Pemimpin yang satu seperti satu badan yang saling membantu antara satu dengan yang lain. HIDUP UMNO PERJUANG BANGSAKU....

Gagak.. TQ saudara Suhaili Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Labuan pasal bagi T-Shirt ini.. Bangga juga pakai baju PEMUDA UMNO LABUAN ni.. sampai ramai teman tegur bila Gagak join UMNO.. tapi GAGAK rasa tahun depan tidak dapat pakai sudah pasal Kakitangan Kerajaan Kumpulan A tidak boleh berpolitik... he he he

Tiada ulasan: