Khamis, 24 Jun 2010

CEO & Pengerusi Perbadanan Labuan – Who’s Care ?

Antara isu panas yang menjadi perbualan masyarakat di Pulau Labuan minggu ini ialah isu penyambungan Kontrak Pengerusi Perbadanan Labuan dan status Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO).

Rata-rata bertanyakan kenapa Pengerusi Perbadanan Labuan disambung kontraknya, dulu pernah diura-urakan hanya satu panggal sahaja dan tahun ini akan ada pemimpin Labuan yang akan menggantikan beliau. Tapi ada juga orang kata, Pengerusi sekarang ni, pun bukan mahu sangat dengan Jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan tu, kerja sebagai KSU Kementerian Wilayah pun beliau tidak menang tangan, tapi kerana ingin melihat pemimpin Labuan bersatu maka beliau mengorbankan diri untuk duduk sementara di kerusi Pengerusi Perbadanan Labuan yang menjadi idaman pemimpin politik Labuan. Sehingga bila.. rasanya sehingga ada nama Pegawai Kerajaan Anak Jati Labuan yang berjawatan JUSA C ke atas atau pesara yang dinamakan oleh pemimpin politik Labuan untuk jawatan ini.

CEO pula.. jodohnya masih panjang dengan orang Labuan. Pernah beberapa kali lafaz talak diucapkan oleh pemimpin Labuan. Tapi jodohnya masih panjang terus bertahan di Labuan. Tapi kita tengok saja selepas bulan Jun 2010 ni…Apa pun CEO ni sudah terlalu lama di Labuan, perlu dikenangan dan dihargai Jasa dan Sumbangan beliau dalam memajukan dan menaiktarafkan kehidupan masyarakat di Labuan.

Gagak.. Setuju sangat Kerusi Pengerusi Perbadanan Labuan dikembalikan kepada anak jati Labuan. Namun saingan pesara dan penjawat awam yang berminat dengan kerusi ini di Putrajaya dan Kuala Lumpur bukan calang-calang kedudukannya. Kalau setakat nama pemimpin politik di Labuan yang kita cadangkan, jangan harap kita akan dapat semula kerusi Pengerusi Perbadanan Labuan ini.

Pada pendapat Gagak ada tiga nama individu anak Jati Labuan kalau kita bersatu menamakan salah seorang mereka ni, harapan untuk Kerusi Pengerusi Perbadanan Labuan kembali kepada anak Labuan agak tinggi.. mereka ialah anak Kg. Kerupang bergelar Tan Sri kini berkhidmat dengan Syarikat Petronas , anak Kg Kerupang / Kg. Pantai bergelar Datuk kini berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Sabah dan seorang lagi tu kita carilah sama-sama...

2 ulasan:

vajiravuth berkata...

susah2 sangat...lantik saya lah jadi ceo...macam?ada gaya ka mr gagak?

vajiravuth berkata...

payah kan pilih ceo...aku jak la ganti...mcm gagak?ok ka?