Rabu, 31 Mac 2010

KRISIS AIR DI LABUAN - DATUK PETER CHIN, MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR TURUN LABUAN SABTU NI..

Krisis bekalan air di Labuan mendapat perhatian serius kerajaan pusat. Sabtu ni 3 April 2010, Y.B Datuk Sri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air akan mengadakan lawatan rasmi ke Pulau Labuan.

Difahamkan tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau status terkini krisis bekalan air di Pulau Labuan dan projek-projek yang sedang dilaksanakan bagi mengatasi krisis ini.


Pada sebelah pagi beliau dijadualkan akan mendengar taklimat di Hotel Grand Dorsett yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Bekalan Air Labuan dan sebelah petang akan membuat lawatan rasmi ke Tube Well di Kolej Matrikulasi Labuan, UMSKAL, Loji Sg. Pagar dan Projek semasa di Pulau Eneo dan Jalan Kolam.


Gagak .. sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada pemimpin BN Labuan, agensi Jabatan Kerajaan dan NGO's yang berusaha keras untuk menyelasikan masalah bekalan air di Pulau Labuan ni... Gagak selalu dengar kawan-kawan yang kerja di Jabatan Air sudah tuli telinga dengan maki hampun orang kampung pasal isu air di Labuan ini...

Yang paling sedap Gagak dengar pasal isu air ini.. orang kampung cakap kenapa lambat sangat Pilihanraya Umum kerana hari itu kuasa ditangan orang kampung bukan lagi di tangan pemimpin diatas sana...

Tiada ulasan: