Rabu, 6 Januari 2010

HENTIKAN POLITIK, TUMPUKAN KEPADA USAHA MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT…

Hari ke tujuh dalam tahun 2010, pastinya menyedarkan kita betapa masa itu berlalu begitu pantas. Masa tidak kenal siapa kita, ia akan terus bergerak pantas tanpa memperdulikan apa yang kita lakukan. Hakikat yang harus kita terima ialah kita perlu lebih pantas dari masa dan mempergunakan masa dengan sebaik-baiknya. Masa yang berlalu pergi tidak akan kembali lagi, yang lalu akan tinggal dalam lipatan sejarah dan catatan dairi kehidupan dan masa yang mendatang perlu disasarkan kepada perkara yang lebih baik dan mendatangkan faedah..

Catatan Gagak yang pertama pada tahun 2010, ingin berkongsi pandangan sahabat Gagak ( Anak Labuan sedang berkhidmat dengan Ketua Menteri Negeri Sabah ketika ini ) terhadap senario Labuan masa kini khususnya pencapaian kerajaan BN di Labuan dalam tempoh ke tiga tahun selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Cuba kita renungkan bersama kata-kata ini “ hentikan politik, tumpukan kepada memenuhi keperluan rakyat ”… Rakyat hari ini sudah cukup bijak terutamanya golongan muda yang disenarikan dalam parti undi saluran 5 dan 6. Mereka ini bukan mudah terpadaya dengan kata-kata politikus, malahan golongan ini langsung tidak berminat untuk berpolitik. Capaian maklumat mereka juga terlalu luas, mereka kurang berminat dengan media perdana kerajaan, kurang mendengar kata-kata pemimpin terutamanya kalangan pegawai kerajaan. Minat golongan ini lebih terarah kepada pergaulan harian dengan rakan dalam persatuan, kelab dan media interaktif menjadi pilihan kerana murah, cepat dan pantas. Laman sembang menjadi lokasi mereka setiap masa dan ketika.

Golongan muda ini kerap kali mentertawakan politikus Labuan... tunjuk-menunjuk, serang-menyerang dan lebih teruk menggunakan teori pecah dan perintah yang pernah dilakukan oleh penjajah British dahulu. Golongan muda ini tidak perduli terhadap kekuatan dan pengaruh. Bagi mereka yang utama ialah pemimpin yang fokus terhadap tanggungjawab dan mendahulukan keperluan rakyat.

Golongan muda tahu tugas dan peranan wakil rakyat ialah membahas, membincang dan menyuarakan apa yang berlaku dalam masyarakat di Dewan Perliman. Tugas menyelami apa yang dialami oleh rakyat dan meninjau keperluan rakyat boleh dilakukan oleh politikus dalam parti kerajaan. Sebulan sekali politikus dan wakil rakyat duduk satu meja. Politikus menyuarakan isu masyarakat dan wakil rakyat membentangnya di Dewan Parlimen agar Jemaah Menteri dapat bekerja untuk orang Labuan.

Menghitung hari ke PRU ke 13, kurang 36 bulan, kurang 1,116 hari dari tarikh 7 Januari 2010. Masalah air masih menguasai minda pelajar dan ibu bapa IPTA luar dari Labuan. Sehinggakan ada gerakan menghalang pelajar luar ke Labuan kerana masalah air. Jabatan kerajaan di 2 buah Wilayah Persekutuan semakin berkembang pesat tetapi Jabatan Kerajan di Labuan semakin mengecil. Lihat saja apa yang berlaku dengan Jabatan Pelajaran Labuan. Sebelum ini Jabatan Pelajaran Labuan berstatus negeri tetapi tahun ini sudah menjadi Pejabat Pelajaran Bahagian yang sebaris dengan Pejabat Pelajaran Sentul, Pudu, Keramat dan Putrajaya. Bayangkan nasib anak-anak Labuan dalam bidang pelajaran selepas ini. Inilah nasib orang Labuan selepas lebih 25 tahun diperintah oleh BN.

Ternyata, kerajaan BN Labuan perlu berkerja keras dalam tempoh kurang 36 bulan, kurang 1,116 hari untuk memulihkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap imej Calon Barisan Nasional Labuan. Kerusi P 166 mungkin bukan milik BN selepas PRU ke 13 nanti, ianya bukan satu perkara yang mustahil boleh berlaku. Sejarah membuktikan calon BEBAS mempunyai pengikutnya tersendiri disini.


Gagak.. selalu juga singah di blog PAS Labuan.. pada 17 Nov. diaorang tulis pasal feri Labuan Menumbok.. rakan-rakan boleh jengok di paslabuan.wordpress.com

Tiada ulasan: