Rabu, 2 Disember 2009

Budak Hilang di Kg. Bukit Kalam...MASIH MESTERI !

Seorang remaja kurang upaya (OKU ) di Kampung Bukit Kalam hilang pada 26 November 2009 (Khamis). Remaja tersebut tinggal di Simpang Telaga Sembilan Kg. Bukit Kalam bersama keluarga beliau.
Menurut orang kampung yang ditemui remaja tersebut sudah dua kali menghilangkan diri, namun ditemui selepas tiga hari oleh keluarga beliau di kawasan belukar berhampiran rumahnya.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga beliau tetapi masih gagal mengesan dimana beliau berada. Operasi mencari turut disertai oleh pasukan keselamatan seperti Bomba dan Penyelamat serta Polis. Menurut orang kampung pasukan Bomba dan Penyelamat yang berpecah kepada tiga pasukan telah mengeledah hampir kesemua hutan di kawasan Kg. Bukit Kalam, Kg. Layang-Layangan, Kg. Sg. Lada dan Kg. Sg. Miri.
Dalam pada itu, keluarga beliau turut mendapat bantuan pengamal perubatan tradisional untuk mengesan remaja terbabit. Berbagai versi cerita kedengaran, antaranya cerita remaja tersebut dibawa ke alam bunian oleh seorang wanita cantik, remaja tersebut terjatuh dalam sebuah lubang dan cerita ditelan oleh ular yang besar.
Rakan-rakan Team Gagak yang ingin mengetahui cerita lanjut dan ingin membantu boleh berkunjung di Gerai Makan Kg. Bukit Kalam. Remaja tersebut tinggal di kawasan itu.

Tiada ulasan: