Ahad, 13 September 2009

Masjid Tertua Di Bumi Labuan..

Masjid Jamek Adam Kg. Lajau merupakan masjid tertua di bumi Labuan. Masjid ini telah dirasmikan pada 16 Disember 1967, oleh YTM Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Masjid ini masih menjadi tumpuan umat Islam di Kampung Lajau dan sekitarnya untuk beribadat, khususnya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Namun begitu, dikhabarnya tapak Masjid ini termasuk dalam laluan pembinaan tambahan jalanraya Jalan Pohon Batu. Oleh itu, masjid tertua ini bakal lenyap dari bumi Labuan. Perancangan awalnya, qariah Kg. lajau akan digabungkan dengan Qariah Kg. Durian Tunjung. Sebuah masjid baru sedang dalam pembinaan di Kg. Durian Tunjung.


Namun hasil daripada bantahan daripada JKKK Kg. Laju dan sokongan penduduk kampung, khabarnya pihak bertanggungjawab telah bersetuju untuk membina sebuah Masjid di Kg. Lajau dan tapak serta lokasi telah pun dikenalpasti. Ketika ini proses pengambilahan tanah sedang dilaksanakan.

Masjid yang telah berusia lebih 40 Tahun, dan merupakan masjid tertua di Bumi Labuan ini seharusnya tidak dilenyapkan. Masjid ini harus wujud sampai bila-bila dan berfungsi sebagai pusat ibadat penduduk kampung di samping menjadi daya tarikan pelancong domestik Malaysia. Apa yang perlu dilakukan ialah ubah perancangan pembinaan Jalan Poho Batu. Naiktarafkan Masjid tertua ini dengan mengekalkan stuktur asalnya.

Tiada ulasan: