Ahad, 12 Julai 2009

CATUAN BEKALAN AIR... Jabatan Bekalan Air Jadi Sasaran !

Air Empangan Sg.Miri Yang Kering Keadaan Yang Sama Berlaku Di Empangan Kerupang



Sabtu lepas kembali semula ke Pulau Tercinta Labuan. Sebelah malam sempat sembang dengan member gagak. Banyak perkara yang dilaporkan antarnya isu H1N1 dan Catuan Bekalan Air. Catatan hari ini akan berkongsi maklumat dari Jabatan Bekalan Air berhubung dengan masalah bekalan air yang sentiasa terputus akibat daripada catuan yang dilakukan.

Keluhan dan rungutan masyarakat Labuan berhubung dengan masalah bekalan air kebelakangan ini semakin hebat. Lebih memaritkan apabila siswa dan siswi di UMSKAL yang baru sahaja melapor diri dan menjejakkan kaki di bumi Labuan turut meluahkan rasa kecewa dan terkejut dengan situasi bekalan air yang sentiasa terputus. Jumlah siswa dan siswi melebih seribu orang dan berasal dari segenap pelusuk bumi Malaysia.

Meneliti akan rungutan dan keluahan ini boleh menjejaskan imej Labuan, Team Gagak cuba mendapatkan maklumat mengapa perkara ini beleh berlaku di Pulau Labuan yang hanya berkeluasa 92 KM persegi sahaja.

Menurut maklumat yang diedarkan oleh Jabatan Bekalan Air Labuan, disebabkan kekeringan air di Empangan Sg. Pagar dan Kerupang maka loji Air di Sg. Miri terpaksa ditutup. Dengan penutupan loji ini, kapasiti bekalan air di Labuan telah berkurangan sebanyak 20% dari biasa. Ini menyebabkan sebahagian besar kawasan sebelah barat Labuan menghadapi masalah bekalan air yang sentiasa terputus. Antara kawasan yang terlibat ialah Kg. sg. Bedaun, Sg. Buton, Sg. Sembilang. Belukt, Bebuloh, Kiamsam, Sg. Miri, Sg. Pagar, Taman Mutiara, SBPL, UMSKAL, Kawasan Layang-Layangan, Merinding, Ganggarak, Tg. Kubong dan kawasan sekitarnya terpaksa dicatu bekalan air.

Menurut Jabatan Belakan Air lagi, keadaan ini bermula dari bulan disember tahun lalu dan dijangkan akan berlarutan antara 3 hingga 6 bulan bergantung kepada jumlah taburan hujan sehingga kedua-dua empangan tersebut penuh. Disamping itu, Jabatan Belakan Air telah melakukan program mengali untuk mencari punca air di kedua-dua empangan tersebut. Jabatan Bekalan Air juga telah mengemukan permohonan untuk menaiktaraf paip air dari Sungai Padas bagi menampung pertambahan jumlah penduduk di Labuan. Untuk pengetahuan paip air dari Sg. Padas ketika ini telah beroperasi lebih daripada 10 tahun, ketika itu jumlah penduduk Labuan hanya sekitar 50 ribu orang, hari ini penduduk Labuan sudah mencecah angka 80 ribu.

Analisis dari Team gagak juga mendapat peningkatan penggunaan air berlaku di kawasan perindustrian Labuan. Penduduk di sekitar kawasan tersebut agak bertuah kerana belakan air di kawasan perindustrian sentiasa mencukupi kerana industri adalah sebahagian daripada nadi bumi Labuan.

Apa yang perlu dilakukan oleh penduduk yang menghadapi catuan belakan air, ialah dengan membeli tangki air untuk membuat takungan air bagi menampung penggunaan harian. Langkah sentiasa berjimat juga boleh membantu menangani masalah kekurangan bekalan air.

Kerjasama antara pengguna dan kerajaan adalah kunci kepada masalah bekalan air di Labuan. Pengguna perlu sabar dan bijak menggunakan air. Kerajaan pula perlu bertindak pantas dan cepat dalam mengatasi masalah ini.

Tiada ulasan: